Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Berita Menyentuh Hati ~ Al-Fatihah

Assalamualaikum..

Lama dah tak bersiaran.. al bz dan al malas.. satgi aku update aktiviti sepanjang bulan Sept.. InsyaAllah..

Sebelum tu aku nak sampaikan salam takziah kepada waris mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittafiqiyah yang telah meragut 23 orang termasuk warden..

Berita itu sangat menyentuh hati aku sebagai seorang ibu.. setiap kali berita memaparkan kisah berkenaan pasti akan menitis air mata kesedihan.. tatkala nak mencoret titipan ni pun aku dah mula rasa sebak.. aku terbayang2 keadaan semasa kejadian.. walaupun aku tiada di situ tapi aku dapat bayangkan kesakitan yang dirasai anak2 tahfiz tersebut.. kenapa aku rasa sebak.. sebab mereka masih anak2 lagi.. umpama anak2 aku yang masih kecil diperlakukan sebegitu kejam.. aku yang jauh ni pun rasa sedih yang amat apatah lagi orang yang berada di tempat kejadian..

Apabila kes ni berpunca dari perbuatan khianat.. rasa terkilan sangat.. kenapa sampai sanggup meragut nyawa anak2 tahfiz ni.. apa salah mereka sampai sanggup berdendam sehingga menyebabkan kematian..

Walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan.. dicaci.. dikeji.. musibah ini seharusnya membuka mata semua pihak supaya menjalankan tanggungjawab masing2 demi memastikan keselamatan kanak2 tak kira di mana sahaja mereka menuntut.. bukannya menuding ke satu pihak sahaja..

Aku sangat bangga dengan ibu bapa anak2 syurga tersebut.. redha dengan pemergian mereka.. aku belum tentu setabah mereka.. Allahu.. sob3..

Sehingga kini.. hampir setiap hari aku mengikuti perkembangan terkini kes yang menimpa pusat tahfiz ni.. suspek yang telah ditangkap.. perbicaraan yang pasti menjadi perbualan hangat dan mendapat liputan meluas dari pihak media..

Yang menjadi persoalannya.. siapakah sebenarnya yang bersalah?? adakah suspek, penjaga suspek, pusat tahfiz atau kita sebagai rakyat Malaysia mahupun pihak berwajib kerana tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya ke atas insan bergelar kanak-kanak... selami dan fahamilah jiwa mereka.. kenapa mereka boleh bertindak begitu kejam.. kenapa mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah.. kenapa?? kenapa?? kenapa?? itu lah persoalan yang perlu dijawab oleh semua pihak.. kalau semua itu tidak dapat dirungkai di dunia ini.. di akhirat sana.. semua pihak akan disoal jawab.. tiada seorang pun akan terkecuali..

Aku sangat terkesan dengan kes ni.. kerana ia melibatkan institusi kekeluargaan.. aku juga ada keluarga.. aku juga ada anak2 kecil yang sedang membesar.. aku juga ada anak2 yang sedang bersekolah.. bagaimana harus aku menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dalam dunia yang semakin mencabar untuk menjaga amanah Allah ini untuk menjadikan anak2 ini anak2 yang soleh solehah dan berguna kepada agama, masyarakat dan negara..

Sama-samalah kita sebagai ibu bapa mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang telah berlaku.. semoga semua ahli keluarga kita, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan semua masyarakat umumnya dilindungi dari sebarang musibah dan bebas dari gejala2 yang tidak diingini.. Aamiin..

Akhir kata.. sekali lagi salam takziah buat semua waris.. dan didoakan semoga roh anak2 dan guru2 ditempatkan dikalangan para syuhada.. Aamiin..

ihsan google

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah