Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Majlis Pembukaan Sukan Para Asean yg ke 9

Assalamualaikum..

Sukan Para Asean telah melabuhkan tirai beberapa hari yang lalu.. walaupun Malaysia tidak dapat mencapai sasaran jumlah emas tetapi tetap berbangga di tempat ke-2 selepas Indonesia.. hidup Malaysia!! aku tabiklah dengan peserta Para Asean ni.. walaupun ada kekurangan dari segi fizikal mahupun pemikiran.. tapi mereka berjaya membuktikan mereka mampu menyumbang sesuatu untuk negara..

Masa perasmian Sukan Sea sebulan yang lalu.. aku tak berkesempatan nak pergi tengok.. nasib baik ada lagi sukan Para Asean.. leh bawa anak2 gi tengok acara yang jarang sekali diadakan di negara kita.. lepas ni tak tahu bila lagi Malaysia akan menjadi tuan rumah..

posing dulu kat luar stadium.. dah lama aku tak gi stadium.. huhuhu..

ngeri pulak aku tengok seat kat stadium ni.. rasa macam nak jatuh.. nak2 pulak si Arissa.. macam nak jatuh ke depan jerk..

budak yang paling sporting.. bukannya dia faham apa pun.. tengok orang tepuk dia tepuk.. tengok orang menjerit dia pun menjerit. .aduiiii.. adik2 yang datang ke situ suka tengok keletah Arissa yang comel..

Fateh bolehlah layan sket2 acara kat situ.. si makcik sebelah tu serius jerk memanjang.. bila di tanya bosan katanya.. huh.. sabor jerlah..

Pak Nil mengacarai perasmian sebelum Maghrib.. lepas tu dia dah terbang ke Shah Alam utk program AF Megastar..

antara persembahan yang menarik perhatian..

kontinjen dari negara2 yang terlibat.. 

Malaysia paling ramai kontinjen semasa perasmian..

persembahan biola yg tak sampai 5 minit sebab beliau hanya ada satu kaki.. aku tabiklah dengan kebolehan yang dia ada..

Yuna buat persembahan pun tak sampai 5 minit.. alorrr.. kejap sgt.. suara pun tak berapa clear.. muzik kuat sangat..

acara membakar obor dari wakil atlet Para Asean.. 

waaa.. betul2 depan kami.. Arissa yang tengah tidur pun terkejut terus bangun.. 

acara yang sungguh gilang gemilang dengan percikan bunga api di dalam dan di luar stadium.. 

Itu sajork pengalaman kami di perasmian Sukan Para Asean.. 

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah