Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Selamat Hari Raya..

Assalamualaikum..

Lama dah tak bersiaran... malas nak update blog sebenarnya..

Harini ramai yang dah mula pulang ke kampung.. almaklumlah diskaun 50% tol.. peluang yg ada kenalah grab kan.. rugi lah.. nak raya ni banyak nak pakai duit..

Persiapan raya uols camna.. aku biasa2 jerk.. takde lah meriah sangat.. baju pun pakai hat tahun lepas punya jerk.. tambahlah selai dua nak merasa.. hehehehe.. takdelah sakan sangat macam dolu2.. anak2 pun sama.. takdelah beria sangat..

Aku lebih banyak tumpu kepada persiapan buat biskut raya.. maklumlah dah tua2 ni barulah rajin nak buat sendiri.. dulu masa muda2 tak maulah pulak buat biskut raya yer dak.. hahahaha..

Awal puasa.. setiap kali cuti aku dah start sikit2 buat biskut.. antara biskut yang aku buat..

  
semperit susu

biskut kelapa.. buat bentuk ulat.. 

  
tart nenas

biskut wajib tiap2 tahun buat.. popia nestum..

  
biskut pepero.. 

  
biskut choc chip ala famous amos..

  
kuih siput.. pun wajib buat tiap2 tahun..

Ada masa lagi 2 hari ni.. ingat nak buat tart cadburry.. aritu buat sket sebagai percubaan.. tapi aku tak suka sangat.. si kakak jerk yg suka.. tu yang nak kena buat lagi.. pastu nak buat semperit choc.. harap2nya sempatlah..

Update:


resepi viral.. tart cadburry.. sempat buat hat ni jerk.. semperit choc nan ado maso..

Oklah.. dikesempatan ini.. aku ucapkan selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. berhati2 di jalan raya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah