Posts

Showing posts from 2000

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Akhir

       “ A duh… sakitnya.. abang… baliklah…” Arisya mengerang kesakitan. Sudah tiba agaknya masa untuk melahirkan. Arisya segera mencapai kunci kereta dan terus memandu dalam keadaan kesakitan ke hospital. Sedang menunggu lampu merah bertukar hijau, kontraksi semakin kuat. Arisya menjerit sendirian. Tiada siapa yang mendengarnya. ”Darah!!“             Arisya panik dengan apa yang dilaluinya. Hatinya tak putus-putus memohon doa agar dia selamat sampai di hospital. Setibanya di hospital, Arisya terjatuh setelah keluar dari kereta. Seorang jururawat yang kebetulan lalu di hadapan hospital segera menjerit meminta pertolongan. Arisya terus dibawa ke bilik bersalin. Menunggu masa untuk melahirkan.             Hampir 5 jam menahan kesakitan, Arisya akhirnya selamat melahirkan seorang puteri yang comel. Namun malang tak berbau, Arisya terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi kerana mengalami pendarahan yang teruk. Darah tidak berhenti-henti mengalir. Arisya pengsan.             Tern

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 11

T elah sebulan majlis perkahwinan berlangsung, keriuhannya masih terngiang-ngiang di telinga Arisya. ”Sayang.. sayang nak makan apa? Malam ni biar abang yang masak.“ soal Haidir. “Bahagianya hidupku ini.. punya seorang suami yang baik, penyayang, romantis.. Ya Allah.. berkatilah perkahwinan ini sehingga akhir hayatku” getus hatinya. “Apa-apalah bang.. asalkan sedap” Arisya tak mahu menyusahkan suaminya.           “Sayang.. sayang bahagia ke hidup dengan abang?” Haidir bertanya sambil memeluk Arisya dari belakang. Arisya yang sedang mengelamun di balkoni kediaman mereka terasa nyaman disisi suami. ”Ris bersyukur ditemukan dengan abang“ balas Arisya perlahan sambil berpaling kepada Haidir. Satu kucupan mesra seorang suami singgah didahinya. Enam bulan telah berlalu. Arisya kini disahkan mengandung tiga bulan. Mereka bakal menimang cahayamata tidak lama lagi. Cahaya yang bakal menjadi penyeri rumahtangga yang dibina. Arisya semakin gembira dengan apa yang dimilikinya kini. Namun

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 10

       H ari yang bakal menjadi sejarah dalam hidup Ar isya. Dia bakal menjadi seorang isteri lagi sebulan. Pelbagai persiapan telah dibuat. Ibunya adalah orang yang paling gembira menerima menantu.             Sedang asyik memilih pakaian yang bakal dipakai sewaktu persandingannya nanti, Arisya menerima panggilan telefon. Lagu Dialah Dihati nyanyian Siti Nurhaliza menjadi ringtone kegemaran di telefon bimbit kesayangannya.             ”Hello.. hello.. hello...“ Arisya mengeluh. “Takde orang ke? Salah nombor agaknya ni.” Talian terputus. Telefon berbunyi lagi. “Hello.. siapa ni? Nak cakap ke tak?” Arisya mula berang. ”Hello... Arisya.. Assalamualaikum.. masih ingat saya lagi?” kedengaran suara yang telah lama tidak didengarinya. “Siapa?” Arisya berpura-pura tidak mengenalinya. Namun hatinya cukup berdebar tatkala mendengar suara tersebut. “Mimpikah aku..” bisik hatinya.             “Awak nak apa lagi dengan saya! Tak cukup ke apa yang awak dah buat kat saya dulu? Tak cuk

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 9

S ekeping kad yang dititipkan sebuah puisi indah di atas meja. Untaian Rindu Buat Kekasih Sayang.. Tatkala sepi melamar jendela kalbu Senja nan suram mengiringi rintihanku Kicauan burung seolah mentafsir diari hatiku Sayang.. Lembaran cinta pudar tinggal kenangan Walau sukar diabadikan Di penghujung kedukaan Sayang.. Saat indah bersamamu Menggamit diriku merindui dirimu Bayangmu meracuni lenaanku Setiap langkahku dirantaian kasihmu Sayang.. Bicaramu mengundang persoalan Kasihmu mengundang ketenangan Sentuhanmu mengundang kemesraan Cintamu mengundang kesetiaan Berlabuh dalam sebuah ikatan Sayang.. Kusingkap makna sebuah sepi Kudambakan rindu dalam puisi Agar kau mengerti Seraut cinta yang diukiri. Salam sayang, Farina Arisya.             Selesai membaca puisi tersebut, Haidir ketawa. “Yahooooooo….” girang hatinya menerima kad tersebut. “I love you, Arisya. I love you so much!!”             Arisy

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 8

”Aduh.. sakitnya... penat sangat kot ni.“ rintih Arisya. Arisya tersandar dikerusinya.             ”Hello!. Miss Arisya?“ tiba-tiba Arisya didatangi penghantar bunga. Arisya terkejut. “Yeah..it’s me”. Arisya membalas. “Ada jambangan bunga untuk cik. Tolong sign dulu” sambung penghantar bunga tersebut.             Hilang kesakitan yang dialami setelah mencium bau bunga tersebut. ”Kad... Sudikah dikau menjadi permaisuri hidupku. Haidir..“ Arisya membaca kad itu dengan perlahan. Adakah bunga-bunga cinta akan berputik. Terbukakah hati Arisya menerimanya?.             Arisya mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Haidir. ”Hello. Assalamualaikum. Haidir ke?“ Arisya bersuara. ”Waalaikumsalam. Arisya sihat?“ balas Haidir. ”Thanks for the bouque.“ Arisya memutuskan talian. Haidir tergamam. “Salahkah aku?” rintih hati kecilnya. Haidir cuba menghubungi semula Arisya tetapi tiada jawapan. Hampa.             Keesokan harinya, Haidir nekad untuk bertentang mata dengan Arisya

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 7

          S etelah hampir setahun Arisya bertugas di agensi kerajaan tersebut, Arisya ditawarkan jawatan tetap di salah sebuah pejabat kerajaan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Hatinya berbaur riang menerima tawaran tersebut. Kesedihan meninggalkan kawan-kawannya cuba diselindungi.             Arisya diberi tugas yang agak berat   di pejabat barunya. Sesuatu yang benar-benar mencabar kemahirannya sebagai seorang pengatur program komputer. Namun segala tugas yang diberi diselesaikan sebaik mungkin. Dalam kesibukan itu, dia masih tidak dapat melupai insan pertama yang bertakhta dihatinya.             Ditempat baru inilah Arisya mengenal erti persahabatan di alam siber. Ramai kenalan pelbagai ragam yang ditemuinya. Ada yang mengajaknya berjumpa dan ada yang tidak kurang hebat menaruh cinta kepadanya. Persahabatan yang ikhlas amat Arisya hargai kerana persahabatan itu mulia padanya. Tetapi cinta disebalik persahabatan yang dihulurkan tidak dapat Arisya terima kerana hat

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 6

S ewaktu mengandungkan Arisya, dugaan paling hebat melanda diri ibunya. Suami tercinta pergi menemui Ilahi. Nenek sebelah arwah ayah Arisya telah berpesan kepada menantunya supaya anak yang bakal dilahirkan itu diserahkan kepadanya memandangkan anak yang sulung telah diberi kepada besannya.                         Tiba saat yang dinantikan. Di sebuah rumah usang, seorang bayi telah dilahirkan. Berita kelahiran telah sampai ke pengetahuan keluarga arwah suaminya. Maka keesokan harinya, beberapa buah kereta telah tiba di perkarangan rumah. Sayu rasa dihati melihat bayi yang comel yang baru dilahirkan itu. Bisakah dia berpisah dengan cahayamata yang baru dilahirkan itu?             ”Abang.. abang tak apa-apa ke?“ soal Misnah apabila melihat suaminya Ismail diam membisu di sudut ruang tamu rumah mereka. ”Sakit sikit sahaja kat dada ni.“ Balas Ismail sambil mengerutkan kening menahan kesakitan. Sedang Misnah sibuk menyiapkan makan malam, terdengar jeritan di dalam bilik tidurnya.

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 5

S etelah menunaikan solat Maghrib, Arisya teringat akan kata-kata Nora dan keluhan En. Norman. Ada sesuatu yang menarik hatinya untuk mengetahui lebih lanjut. "Nora, boleh saya tanya sedikit." "Tanyalah. Apa dia?" balas Nora selamba. Lalu, Arisya menceritakan perbualannya dengan En. Norman petang tadi. "Dah aku agak. Hmm.. Baguslah! Kalau kau benar-benar dah ada pakwe, lebih baik kau berterus terang sahaja. Nanti tak pasal-pasal jadi macam aku ni. Asyik kena kacau aja. Ingat aku ni minat rempit!. Naik bosan aku dibuatnya. Tak habis-habis aku jadi bahan gurauan diorang. Buat pengetahuan kau, En. Norman tu tengah cari calon isteri. Ha..kau hati-hati sikit. Aku tengok dia macam syok je kat kau." Barulah Arisya faham mengapa En. Norman mengeluh setelah mengetahui yang dirinya telah mempunyai teman istimewa.             Semenjak Arisya menetap di Kuala Lumpur bersama rakan sepejabatnya, Arisya cuma menemui Iskandar sekali dalam sebulan. Ini memandangk

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 4

S elang beberapa bulan sebelum majlis Konvokesyen di Universiti  Teknologi Mara (Uitm), Shah Alam, Arisya menghubungi Iskandar. Arisya benar-benar mengharapkan kehadiran Iskandar pada hari tersebut. Segala kejayaannya selama ini adalah berinspirasikan hubungan mereka. Arisya telah berjaya membuktikan kejayaannya kepada keluarga terutama sekali abangnya, Azlan. Arisya ingin membuktikan bahawa walaupun dia bermain cinta dengan Iskandar, tetapi pelajaran tidak dilupakan. Segala kata-kata abangnya dijadikan satu cabaran. Majlis konvokesyen bagi pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma diadakan dengan penuh gemilang. Arisya menanti dengan penuh debaran. "Farina Arisya bt Ismail!" kedengaran namanya dipanggil untuk naik ke atas pentas menerima Diploma dalam jurusan Sains Komputer. Dari jauh kelihatan ibu dan neneknya sedang memerhati kejayaannya. Tanpa mereka sedari, bergenang sejernih air di kelopak mata. Itulah air mata kegembiraan! Arisya lah