Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 9


Sekeping kad yang dititipkan sebuah puisi indah di atas meja.

Untaian Rindu Buat Kekasih
Sayang..

Tatkala sepi melamar jendela kalbu
Senja nan suram mengiringi rintihanku
Kicauan burung seolah mentafsir diari hatiku

Sayang..

Lembaran cinta pudar tinggal kenangan
Walau sukar diabadikan
Di penghujung kedukaan

Sayang..

Saat indah bersamamu
Menggamit diriku merindui dirimu
Bayangmu meracuni lenaanku
Setiap langkahku dirantaian kasihmu

Sayang..

Bicaramu mengundang persoalan
Kasihmu mengundang ketenangan
Sentuhanmu mengundang kemesraan
Cintamu mengundang kesetiaan
Berlabuh dalam sebuah ikatan

Sayang..

Kusingkap makna sebuah sepi
Kudambakan rindu dalam puisi
Agar kau mengerti
Seraut cinta yang diukiri.


Salam sayang,
Farina Arisya.

            Selesai membaca puisi tersebut, Haidir ketawa. “Yahooooooo….” girang hatinya menerima kad tersebut. “I love you, Arisya. I love you so much!!”

            Arisya mencari-cari seseorang di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Walaupun pakaian dan solekan yang agak ringkas dikenakan, Arisya tetap menarik. “Assalamualaikum, tuan puteri. Cantik you malam ni. Geram i”.. Haidir menghulurkan sekuntum bunga sambil mengenyitkan mata. Arisya tersipu malu. Haidir memimpin Arisya ke meja makan. Candle light dinner yang ditempah khas untuk orang yang dicintainya. “Arisya sayang… thanks for coming” begitu romantis suasana pada malam itu.

          “Haidir… terima kasih kerana sudi menyayangi diri i. I mengharapkan kebahagiaan bersama you. I tak perlukan semua ini. I hanya dahagakan kasih sayang.. “ bisik Arisya. Haidir tersenyum. Apakah ada makna disebalik senyuman itu.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah