Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Akhir


       “Aduh… sakitnya.. abang… baliklah…” Arisya mengerang kesakitan. Sudah tiba agaknya masa untuk melahirkan. Arisya segera mencapai kunci kereta dan terus memandu dalam keadaan kesakitan ke hospital. Sedang menunggu lampu merah bertukar hijau, kontraksi semakin kuat. Arisya menjerit sendirian. Tiada siapa yang mendengarnya. ”Darah!!“

            Arisya panik dengan apa yang dilaluinya. Hatinya tak putus-putus memohon doa agar dia selamat sampai di hospital. Setibanya di hospital, Arisya terjatuh setelah keluar dari kereta. Seorang jururawat yang kebetulan lalu di hadapan hospital segera menjerit meminta pertolongan. Arisya terus dibawa ke bilik bersalin. Menunggu masa untuk melahirkan.

            Hampir 5 jam menahan kesakitan, Arisya akhirnya selamat melahirkan seorang puteri yang comel. Namun malang tak berbau, Arisya terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi kerana mengalami pendarahan yang teruk. Darah tidak berhenti-henti mengalir. Arisya pengsan.

            Terngiang-ngiang di telinga Arisya satu suara yang amat dikenalinya memanggil namanya. Arisya cuba membuka mata untuk mencari pemilik suara tersebut. “Abang…” lemah suara Arisya memanggil Haidir. “Maafkan Ris bang..” airmata mula mengalir laju. Segera Haidir menyekanya. “Di mana anak kita bang..?” Haidir memberi isyarat supaya Arisya tidak banyak bergerak dan bercakap. “Puteri kita ada diluar, sayang.” bisik Haidir perlahan. “Izinkan Ris melihatnya bang.. Sekali sahaja..” rayu Arisya.

            Tanpa berlengah Haidir meminta jasa baik pihak hospital supaya membenarkan isterinya melihat anak yang baru dilahirkan. Atas dasar simpati, pihak hospital membenarkan tetapi hanya 5 minit masa diberikan. Bayi tidak boleh terdedah dengan pesakit di unit rawatan rapi. “Puas hati Ris bang.. comel anak kitakan?..” Arisya tersenyum walaupun kesakitan yang dialaminya terlalu siksa dirasainya.

            “Abang.. Ris bahagia bersama abang walaupun baru setahun lebih kita bersama. Terima kasih kerana memberi sedikit ruang cinta pada Ris walaupun hakikatnya Ris berkongsi. Maafkan Ris bang.. Kembalilah kepada Ayu. Dia berhak ke atas abang.“ Arisya terbatuk-batuk sambil menahan kesakitan. ”Aduh.. sakitnya. Abang.. janji dengan Ris. Jaga puteri kita sebaik mungkin.“ Arisya semakin lemah. Dia tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Mata dipejamkan.

            Haidir panik. Dia segera berlari mendapatkan doktor. ”Bagaimana doktor keadaan isteri saya“ soal Haidir cemas. ”Pendarahan yang berlaku menyebabkan isteri awak lemah. Dia juga telah lama mengidap barah paru-paru. Kenapa encik tidak membuat rawatan sebelum ini?“ soal doktor kehairanan. ”Barah... saya... saya tak tahu langsung mengenai perkara ini doktor.“ Haidir semakin resah. ”Penyakit barahnya ditahap kritikal. Sekiranya pendarahan tidak berhenti, harapan untuk isteri awak hidup amat tipis.“ nada suara doktor semakin perlahan.

            Haidir memegang erat tangan Arisya lalu mencium dahinya. Bergenang air mata Haidir menahan kesedihan. ”Maafkan abang, Ris. Semua ni salah abang. Abang langsung tak ambil berat mengenai Ris. Abang menyesal sayang. Abang maafkan segala dosa Ris walaupun tiada satu pun dosa tercalit dibahumu sayang. Abang redha pemergian Ris jika itu telah ditetapkan-Nya. Abang berjanji akan menjaga puteri kita sebaik mungkin.” Haidir menangis perlahan kerana tidak dapat menahan kesedihan. Tangan Arisya lemah di dalam genggaman Haidir seolah memahami segala-galanya.

            Arisya pergi meninggalkan seribu kenangan. Impian kasihnya tercapai jua walaupun hanya sementara. Walau ada duka dipenghujungnya, dia rela.

Setahun setelah pemergian Arisya, Haidir menyelak sebuah dairi milik Arisya berwarna ungu. Warna yang menjadi kegemarannya sejak dari dahulu lagi. Di helaian terakhir, sebuah puisi dihasilkan seolah mengerti akan pemergiannya. “Puisi Tangisan Jiwa”  dibacanya dengan penuh perasaan.

Abang,
Insan sepertiku tidak pernah mengenal erti kebahagiaan
Hidupku diselubungi ranjau yang berduri
Tangisanku telah sebati dalam jiwa ini
Rintihanku senantiasa menjadi teman tidurku


Abang,
Kehadiranmu mengubat luka yang kian parah
Bercinta denganmu suatu pengalaman yang indah buatku
Sentuhanmu mengundang diriku merindui dirimu
Sukar untuk kunyatakan..
Cukuplah hati ini yang membicarakan
Betapa aku menyayangi dirimu


Abang,
Terima kasih kuucapkan
Kerana sudi menumpangkan diriku di sudut hatimu
Tidak pernah terniat untuk kulukai hatimu
Insan yang sering kurindu


Abang,
Air mataku hampir gersang dengan tangisan dulu
Tak sanggup untuk kutangisi dan rintihi diri ini lagi
Pintaku hanya satu
Berilah peluang untuk kumengenal sinar kebahagiaan
Walaupun cuma seketika.


Salam sayang, Arisya.

            Tanpa disedari, air mata Haidir mengalir jua. Dia tewas dengan dirinya sendiri. Dia tak mampu untuk melupakan Arisya. “Abang akan tetap merinduimu sayang.” Ungkapnya perlahan.

                                                            ~ TAMAT ~                                       

Hasil Nukilan,
Arina Melissa Idayu
Salam Seindah Puisi

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah