Hari yang bakal menjadi sejarah dalam hidup Arisya. Dia bakal menjadi seorang
isteri lagi sebulan. Pelbagai persiapan telah dibuat. Ibunya adalah orang yang
paling gembira menerima menantu.
Sedang
asyik memilih pakaian yang bakal dipakai sewaktu persandingannya nanti, Arisya
menerima panggilan telefon. Lagu Dialah Dihati nyanyian Siti Nurhaliza menjadi ringtone kegemaran di telefon bimbit
kesayangannya.
”Hello.. hello.. hello...“ Arisya mengeluh. “Takde orang ke?
Salah nombor agaknya ni.” Talian terputus. Telefon berbunyi lagi. “Hello..
siapa ni? Nak cakap ke tak?” Arisya mula berang. ”Hello... Arisya..
Assalamualaikum.. masih ingat saya lagi?” kedengaran suara yang telah lama
tidak didengarinya. “Siapa?” Arisya berpura-pura tidak mengenalinya. Namun
hatinya cukup berdebar tatkala mendengar suara tersebut. “Mimpikah aku..” bisik
hatinya.
“Awak nak
apa lagi dengan saya! Tak cukup ke apa yang awak dah buat kat saya dulu? Tak
cukup ke awak siksa hati saya?” Arisya
menangis. “Arisya.. please.. saya
masih sayangkan awak. Saya tak dapat lupakan awak. Berilah peluang kepada saya
untuk menebus kesalahan saya dulu.”
Iskandar merayu. Arisya tak sanggup untuk mendengar semuanya itu lalu
menutup telefon bimbitnya. Dia tak mahu diganggu disaat-saat untuk mula
mengecap kebahagiaan bersama orang yang disayangi.
Semenjak
ditinggalkan kekasih barunya, kehidupan Iskandar kucar kacir. Dia menyesal
kerana mempermainkan cinta suci Arisya terhadapnya. Dia berazam untuk merebut
kembali hati Arisya, insan yang pernah menjadi miliknya dahulu.
Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat
kerja, sebuah kereta Honda Jazz tiba-tiba
memintas keretanya. Arisya brek mengejut. Dia berang dengan pemandu kereta
tersebut. “Nak mampus agaknya dia ni. Tak pasal-pasal nak cari gaduh!” marah
Arisya. Arisya segera keluar dari kereta dan mendapatkan pemandu tersebut.
“Hoi!!... giler ke?”
Arisya hilang sabar. Seorang lelaki berkaca mata hitam masih diam di dalam
kereta. Tidak berpaling. Arisya
mengetuk cermin pintu kereta, sambil memberi isyarat meminta supaya pemandu
tersebut keluar. Arisya hairan. “Kenapa pulak mamat ni. Senyap aja. Serabai aja nampaknya. Dia
yang halang orang, takkan dah mati kot” bisik Arisya kebingungan.
”Hampir
lima minit Arisya menunggu di luar kereta tersebut, barulah lelaki itu keluar.
Arisya berang. Lelaki itu menanggalkan cermin
matanya. ”Maafkan saya Arisya.“ Arisya terkejut. Dia cuba meninggalkan lelaki itu tapi
lelaki itu memeluknya. “Lepaskan aku! Lepaskan aku! bangsat!” Arisya benar-benar benci dengan
lelaki itu. Pelukan lelaki itu semakin kuat. Melepaskan rindu yang sekian lama
terpendam.
”Saya sayangkan awak,
Arisya“ bisik Iskandar. ”Pergi mampuslah sayang awak tu.. lepaskan aku lah!!“
Arisya cuba melepaskan pelukan Iskandar. Iskandar mencium pipi Arisya. Arisya hanya menutup matanya. Dia tidak berdaya untuk
melawan. Lemah
segala anggota badannya bila teringat kembali segala memori indah bersama
Iskandar. Hanya tangisan mengiringi memori itu. Ternyata Arisya masih tidak
dapat melupakan bekas kekasihnya itu.
”Kenapa
mata merah ni sayang?“ Haidir perasan akan perubahan pada raut wajah Arisya.
Tidak ceria seperti selalu. ”Ada masalah ke?“ Arisya menggelengkan kepala. Haidir
tidak mahu bertanya lebih lanjut. Dia amat memahami Arisya. Arisya merasa
bersalah dengan tindakannya itu.
”Mengapa
kau tidak hadir disaat aku memerlukan? Mengapa kau hadir disaat aku ingin
mengecap kebahagiaan?“ rintih hati kecilnya. Arisya bertekad untuk meneruskan
pernikahannya supaya impiannya tercapai. Dia tetap mahu merahsiakan
pertemuannya dengan Iskandar dari pengetahuan Haidir.
Ramai
tetamu yang hadir ke majlis yang gilang gemilang. Arisya begitu anggun dengan
kebaya songket yang ditempah khas dari butik Rizalman. Haidir begitu segak
bertanjak berkeris dipinggang. Bagaikan pahlawan melayu lama. Sama cantik sama
padan. Bagai pinang dibelah dua. Termeteri sudah satu ikatan. Arisya bersyukur
kerana impian untuk merasai kebahagiaan hampir tercapai. Menempuh gerbang
perkahwinan. Satu kehidupan baru yang bakal ditempuh bersama insan tersayang.
Disebalik tetamu yang hadir, sepasang mata yang cantik merintih kesal dengan apa yang
dilihatnya.
Bersambung..
Comments