Telah sebulan majlis
perkahwinan berlangsung, keriuhannya masih terngiang-ngiang di telinga Arisya. ”Sayang..
sayang nak makan apa? Malam ni biar abang
yang masak.“ soal Haidir. “Bahagianya hidupku ini.. punya seorang suami yang baik,
penyayang, romantis.. Ya Allah.. berkatilah perkahwinan ini sehingga akhir
hayatku” getus hatinya. “Apa-apalah bang.. asalkan sedap” Arisya tak mahu
menyusahkan suaminya.
“Sayang..
sayang bahagia ke hidup dengan abang?” Haidir bertanya sambil memeluk Arisya
dari belakang. Arisya yang sedang mengelamun di balkoni kediaman mereka terasa
nyaman disisi suami. ”Ris bersyukur ditemukan dengan abang“ balas Arisya
perlahan sambil berpaling kepada Haidir. Satu kucupan mesra seorang suami
singgah didahinya.
Enam bulan telah berlalu.
Arisya kini disahkan mengandung tiga bulan. Mereka bakal menimang cahayamata
tidak lama lagi. Cahaya yang bakal menjadi penyeri rumahtangga yang dibina. Arisya
semakin gembira dengan apa yang dimilikinya kini. Namun bayangan Iskandar tetap
menghantui fikirannya. ”Di manakah dia berada sekarang?“ getus hatinya.
Sedang mengemas rumah di
hari minggu, Arisya menerima satu mesej dari seseorang yang tidak dikenali.
Mesej yang berbunyi ”Permata yang kau miliki hanya sementara. Ia adalah hak
milik seseorang yang berhak.“ kini menjadi tanda tanya. Siapa yang
dimaksudkannya? Mungkinkah Iskandar?
Arisya menceritakan kepada
Haidir mengenai mesej yang diterimanya. Haidir sendiri tidak mengenali nombor
telefon pengirim tersebut. ”Mungkin salah hantar agaknya tu“ ringkas Haidir
menerangkannya. ”Dah.. tidurlah.. esok nak kerjakan.. nanti penat. Kesian anak
papa ni.“ tambah Haidir lagi seolah-olah tidak suka Arisya memikirkannya.
Di pejabat, Arisya
menerima sepucuk surat dari seseorang yang tidak dikenalinya. Di dalam surat
itu, pengirim yang membahasakan dirinya Ayu dengan beraninya membuat pengakuan
tentang hubungan sulitnya dengan Haidir. Arisya menggigil membaca surat yang
diterimanya itu. ”Apakah benar semuanya ini atau rekaan semata-mata.“ soal
hatinya.
Tanpa berfikir panjang
Arisya menelefon pejabat Haidir untuk mendapatkan kepastian. Malangnya Haidir
tidak masuk ke pejabat. ”Ke mana suamiku? Sedangkan kami sama-sama keluar pagi
tadi untuk ke tempat kerja“. Pelbagai persoalan bermain di minda Arisya.
Selepas menunaikan solat
Isyak berjamaah, Arisya mencium tangan Haidir dan meminta maaf di atas setiap
kesalahan yang dilakukan samada disengajakan atau tidak. Sudah menjadi rutin
mereka solat berjamaah sejak mendirikan rumahtangga. Arisya serba salah untuk
bertanya Haidir perihal surat yang diterimanya tetapi demi sebuah ikatan yang amat
disayangi itu, Arisya sedia menghadapi apa sahaja risiko yang mendatang.
”Abang.. boleh Ris tanya sedikit.“ soal Arisya sambil
memandang tepat ke wajah Haidir, suami yang dicintainya sepenuh hati. “Kenapa.. serius nampaknya”
Haidir tersenyum manja. “Siapa Ayu, bang?” sayu Arisya bertanya. Haidir terdiam
mendengarnya. Mengolah jawapan untuk pertanyaan Arisya yang benar-benar
menggusarkan. ”Dia teman baik abang dulu. Kami pernah saling sayang menyayangi.
Tapi...“ Haidir mengeluh panjang. ”Tapi kenapa, bang?“ Arisya tidak sabar untuk
mengetahui lebih lanjut hubungan Haidir dengan Ayu.
”Hubungan kami terputus di
tengah jalan. Ada perselisihan faham. Ris ingat lagi tak masa Ris belum
menerima abang. Abang menyepi selama sebulan. Dalam masa itulah Ayu datang
semula dalam hidup abang. Kami menjalinkan semula hubungan. Itupun sebab Ris
menyepi dan Ris tidak memberi apa-apa harapan pada abang. Abang perlukan teman
waktu tu, Ris.“
Arisya masih merenung Haidir untuk mendapatkan penjelasan
lanjut. “Teruskan bang, Ris sedia mendengarnya.” sambung Arisya lagi. “Kemudian,
Ris terima abang. Abang jadi serba salah sebab abang pernah meminta cinta dari
Ris. Dan abang pernah berjanji untuk tidak menyakiti Ris. Abang terbelenggu.
Antara cinta dan kasih. Maafkan abang, Ris.” Haidir mula terasa sebak.
“Abang.. abang masih sayangkan Ayu?” soal Arisya dengan
penuh minat. “Abang masih sayangkan Ayu dan juga Ris.” Arisya menangis
mendengar pengakuan ikhlas Haidir. Dia tidak menyangka kasih sayang Haidir
terpaksa dikongsi bersama wanita lain. “Apa makna semuanya ini bang. Ris tak
sanggup nak berkongsi kasih dengan perempuan lain. Ris akui memang salah Ris
kerana tidak pedulikan cinta abang dulu. Tapi kenapa abang tidak terangkan dari dulu lagi. Ris
masih waras. Ris takkan merampas abang dari Ayu. Kenapa tika Ris sedang sarat
dan tunggu masa untuk melahirkan, dugaan ini yang datang” Tangisan Arisya
semakin kuat.
”Abang minta maaf Ris. Abang...“ kata-kata Haidir terhenti. Fikirannya
buntu.
”Abang..
pergilah kepada Ayu.. Ris relakan bang.. Tapi selepas melahirkan anak kita
ini.. satu aja yang Ris minta. Ris
tahu memang ianya dosa besar tapi Ris tak sanggup menghadapi semua ni bang. Ris
harap abang relakan Ris pergi…” Arisya nekad. “Ris… kenapa sampai begitu sekali
permintaan Ris.. tergamak Ris meninggalkan abang dan biarkan anak kita tanpa
kasih sayang seorang ayah!?” Haidir mula terasa dicabar keegoannya.
“Ris
tak ada pilihan lain bang..” Haidir meninggalkan Arisya keseorangan. Pergi
mencari ketenangan.
Bersambung..
Comments