Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 2


Peperiksaan percubaan SPM bermula. Semua pelajar hadir dengan pelbagai ragam. Ada yang gembira dan ada yang pucat lesi. Karenah rakan-rakan seperjuangan begitu menarik perhatian Arisya untuk lebih berhati-hati dalam menjawab soalan nanti. Selang beberapa hari, peperiksaan bagi matapelajaran Tasawur Islam. Semua pelajar yang mengambil matapelajaran elektif tersebut dikumpulkan dalam satu dewan.

Arisya mengambil tempat duduknya. Tidak lama kemudian Iskandar dan kawannya menghala ke arah Arisya. Arisya cemas. Iskandar mengambil tempat duduk di belakang Arisya. Arisya cuba mententeramkan perasaannya. Kertas peperiksaan diedarkan dan masa menjawab bermula. Arisya dengan tekunnya meneliti setiap soalan dan berusaha menjawabnya. Sementara Iskandar masih dalam keadaan termangu. Mungkin beberapa soalan tidak dapat dijawabnya.

Apabila Arisya telah selesai menjawab semua soalan tersebut, Iskandar seolah-olah mengetahuinya. Di kesempatan itu, Iskandar cuba meminta bantuan Arisya. " Arisya.. Arisya.." kedengaran nama Arisya diulang beberapa kali seolah berbisik ke telinganya. Suara itu amat dikenalinya. Iskandar?! Arisya menyahut panggilan suara tersebut. "Apa dia Is?" suara Arisya tersekat-sekat. "Apa jawapan soalan nombor tiga?" tanya Iskandar. "Maaflah. Arisya tak tahu. Arisya tak jawab soalan tu." Arisya mencelah. "Alah..tolonglah" pinta Iskandar lagi. "Betul Is. Arisya tak tahu."

"Baiklah pelajar-pelajar. Masa sudah tamat. Sila letakkan pen dan ikatkan kertas jawapan anda." laung Ustazah memecah kesunyian dewan peperiksaan tersebut. Arisya dan Iskandar segera menamatkan perbualan mereka dan mengikut arahan yang diberikan. Setelah semua kertas jawapan di kumpulkan, Arisya segera mengemaskan barangnya untuk pulang ke rumah. Namun, niatnya terhenti apabila Iskandar menghalangnya dari tempat duduknya. Arisya tidak mampu untuk menolak mahupun menjerit. Dia sedar sekiranya dia melakukan perkara tersebut, sudah pasti dia sendiri akan mendapat malu. Terpaksalah Arisya merayu kepada  Iskandar supaya memberinya laluan. Iskandar tidak mengendahkan rayuan tersebut. Sebaliknya, Arisya akan dilepaskan setelah menjawab soalan yang bakal diajukan.

Arisya dapat merasakan suatu kelainan pada Iskandar pada masa tersebut. Iskandar memandang Arisya dengan renungan yang tajam lantas merapatkan mukanya ke telinga Arisya. " Arisya.. Arisya sayang Is tak?" lembut suara Iskandar mengajukan soalan. Arisya terkejut dengan soalan tersebut. Berderau darahnya, meremang romanya mendengar suara Iskandar yang romantis. Arisya menelan air liurnya. Lidahnya kelu seribu bahasa. Matanya tidak berkelip memandang lantai. Iskandar mengulangi soalannya. Arisya masih membisu.

Tiba-tiba, terkeluar juga luahan hati Arisya. "Abang!" nada suara Arisya agak berlainan. Iskandar menoleh ke luar dewan. Dari jauh kelihatan abang Arisya, Azlan sedang menuju ke dewan peperiksaan. Iskandar segera meninggalkan Arisya yang masih dihujani seribu persoalan. Arisya merasa sedikit lega. Dia bimbang sekiranya tingkahlaku Iskandar diketahui oleh abangnya. Azlan terkenal dengan sikapnya yang panas baran dan amat dihormati oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Disebabkan itulah, tiada seorang pun pelajar lelaki yang berani mengganggu Arisya.

Sepanjang alam persekolahan Arisya di sekolah tersebut, Arisya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ekoran sikapnya yang pendiam dan pemalu itu juga menyebabkan dia sukar untuk didekati. Impian hidupnya hanya untuk berjaya dalam pelajaran. Namun, kehadiran Iskandar serba sedikit mencabar hati keperempuanannya.

Peristiwa petang itu membuatkan fikiran Arisya tidak tenteram. Pelbagai persoalan bermain-main di fikirannya. Mengapa Iskandar bertanya perkara itu kepadanya. Apakah Iskandar tidak sedar bahawa dirinya itu telah mempunyai kekasih. Seorang  gadis yang muda dua tahun darinya, lemah lembut dan ayu. Tidakkah itu semua masih tidak mencukupi. Mengapa perlu dia mencari aku??? Adakah Iskandar dicabar oleh rakan-rakannya untuk menawan hatiku ini??? Mengapa semua ini terjadi di saat aku ingin menempuh gerbang peperiksaan?? Semua persoalan itu lenyap dalam lenaan di malam yang dingin.

Peperiksaan SPM bermula. Semua pelajar Tingkatan 5 pasrah dengan segala keputusan peperiksaan yang bakal mereka perolehi. Yang penting mereka telah sedaya upaya menjawabnya. Sehari sebelum tamat hari peperiksaan. Arisya terserempak dengan Iskandar. Arisya masih segan silu. Apatah lagi bila terkenangkan peristiwa di dalam dewan peperiksaan dahulu. Iskandar meminta alamat Arisya untuk dihubungi serta sekeping gambar untuk kenang-kenangan. Begitu juga dengan Arisya.

Keesokannya, mereka bertukar-tukar sampul. Iskandar segera beredar. Arisya membaca surat yang dikepilkan di dalam sampul tersebut. Setiap baris ayat ditelitinya. Isi surat itu begitu menyentuh perasaannya. Semenjak itu, perkara yang ingin diberitahu oleh Iskandar sering bermain di fikirannya.

Seminggu selepas tamat peperiksaan, Arisya memenuhi masa lapangnya dengan mengambil kursus komputer di Ampang Point, Selangor. Dia menetap di rumah pakciknya sehingga tamat kursus tersebut. Hubungan Arisya semakin rapat dengan Iskandar walaupun hanya berhubung melalui cebisan kata-kata di lembaran. Di lembaran juga, Iskandar meluahkan segala-galanya. Hati Arisya telah dimiliki oleh Iskandar. Arisya berazam untuk menjadi seorang kekasih yang setia dan jujur dalam hubungan. Apakah ianya mampu bertahan??

Tanpa disedari, titisan airmata membasahi pipi Arisya. "Apakah kepastian yang kuharapkan selama ini akan mengundang sinar kebahagiaan?" rintih hati kecilnya. Segera Arisya mencapai tisu lalu dilap air mata yang mengalir itu dikhuatiri akan diketahui teman sepejabatnya.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah