Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Arisya yang ditemani
abangnya, Azlan merasa begitu gembira dan bersyukur di atas kejayaan yang
diperolehinya. Rakan
karibnya, Siti juga mendapat pangkat dan aggregat yang sama dengannya. Harapan Arisya
untuk berkongsi kegembiraan dengan Iskandar tidak kesampaian. Bayang Iskandar
langsung tidak nampak. Hati Arisya sering
tertanya-tanya.. Dimanakah Iskandar? Bagaimana dengan keputusan SPMnya?
Selang beberapa selepas
itu, Arisya mendapat panggilan daripada Iskandar. Iskandar menyatakan alasannya
kenapa dia tidak menghubungi Arisya. Rupa-rupanya, Iskandar cuba menenangkan
perasaannya. Iskandar tewas dalam SPM dan dia merasa malu untuk menghubungi Arisya.
Betapa besar jurang perbezaan antara dia dan Arisya. Arisya berusaha meyakinkan
Iskandar bahawa dirinya tidak pernah membezakan taraf pendidikan di antara
mereka.
Selama tiga tahun Arisya menuntut
di Institusi Pengajian Tinggi Awam, pertemuannya dengan Iskandar hanyalah
melalui coretan di warkah. Begitu ceria wajahnya tatkala melihat sampul surat
yang amat dikenalinya terselit di antara puluhan surat yang tiba di pejabat
asrama institusi tersebut. Arisya begitu setia dan jujur terhadap Iskandar
walaupun ada pelajar-pelajar lelaki di institusi tersebut cuba memikat hatinya.
Iskandar menjadi sumber inspirasinya dalam mengharungi arus kehidupan seorang
pelajar. Iskandarlah yang memberinya semangat untuk berjaya dalam pelajaran.
Setelah Arisya menamatkan
pengajiannya, hubungannya dengan Iskandar dapat diterima oleh keluarganya,
walaupun Arisya masih merasakan ketidakikhlasan penerimaan tersebut!
Setelah penat bekerja, Arisya
menghempaskan dirinya di penjuru katil sambil merenung ke dasar langit. Fikirannya cuba
mencari sesuatu. Tangannya sudah sedia dengan sebatang pen. Sedang Arisya melayani
bingkisan syahdu dalam puisi yang dinukilkan, kedengaran lagu "Kau
Kekasihku" nyanyian Siti Nurhaliza berkumandang di corong radio. Sejenak
fikirannya melayang mengimbau kenangan silam.
"Selamat Hari Jadi,
Sayang" kata-kata itu amat bermakna buat Arisya. Sekuntum bunga ros
beserta sebuah kotak kecil diberikan oleh Iskandar sempena hari ulang tahun Arisya
yang ke-21 tahun.
Genap tiga tahun hubungan
mereka pada tahun itu. Arisya benar-benar
terharu dengan pemberian Iskandar tersebut. "Jam?!" suara Arisya memecah keheningan suasana di taman. Banyak mata-mata yang
memandang mereka seolah-olah sedang menyaksikan sebuah drama romantis.
"Kenapa beli jam yang mahal ni?!" tanya Arisya yang tidak bersetuju
dengan pemberian tersebut. "Bunga ni pun dah cukup berharga buat Arisya "
sambungnya lagi.
"Arisya …" pantas Iskandar mematahkan rungutan Arisya
sambil merenung mata Arisya sedalam-dalamnya supaya Arisya mengerti akan
keikhlasan hatinya. Arisya
tertunduk malu. Iskandar menggenggam erat jemari Arisya lalu menciumnya. Arisya
tersentak. Berderau darahnya seperti
terkena imbasan elektrik. Arisya cuba meleraikan genggaman tersebut
namun dia tidak berdaya. " Arisya.. percayalah.. Is buat semua ni kerana Arisya. Is benar-benar menyayangimu sayang.. Hadiah ni tak
seberapa. Bila-bila saja boleh musnah dan ditukarganti. Tapi..jika.."
"Jika Arisya tiada..sudah tentu ada penggantinya"
Arisya menyampuk. "Hish..ke situ pulak dia" balas Iskandar sambil
menarik hidung Arisya. Arisya menjerit kesakitan lantas mencubit lengan
Iskandar. Iskandar mengadu kesakitan. Kedua-dua pasangan ini saling
berpandangan sesama sendiri lalu memecahkan suasana dengan deraian ketawa
mereka. Hari itu cukup bahagia buat Arisya.
"Sayang!!! Pergi jahanamlah." Arisya mengeluh keras. Arisya seakan membenci perkataan itu… Puisi yang bertajuk
"Penjara Cinta" dibacanya dengan penuh perasaan.
Sayang..
Bisakah hati mentafsir
mimpi
Berlari-lari mengejar
memori
Menyimpul kasih jalinan
suci
Membakar jiwa yang
penuh erti
Sayang..
Mimpi hanya mainan malam
Berlalu pergi ..
Tatkala fajar menghulur realiti
Menghurai makna di kamar hati
Menemani diri menangisi sepi
Sayang..
Ikatan cinta yang
sekian lama
Kian pudar di mamah
usia
Dingin kasihmu jelas nyata
Diriku sandaran di kala duka
Lantaran dirimu bermain kata
Menjemput diriku
Merangkak ke dunia nyata
Mengenal istilah sebuah cinta
Yang terpenjara
Sayang..
Suara hati memaksa diriku
Yang selama ini
Merantai jiwa yang penuh sangsi
Membina rindu mengalun puisi
Mengungkap setia di jendela janji
Sebuah kepastian harus
diukiri
Makna cinta yang
terpatri.
Setelah puisi itu dibaca, Arisya cuba
melelapkan matanya. Namun..
kenangan silam menggamit dirinya semula.
Bersambung..
Comments