Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sejalur Kasih Seraut Impian ~ Bab 6


Sewaktu mengandungkan Arisya, dugaan paling hebat melanda diri ibunya. Suami tercinta pergi menemui Ilahi. Nenek sebelah arwah ayah Arisya telah berpesan kepada menantunya supaya anak yang bakal dilahirkan itu diserahkan kepadanya memandangkan anak yang sulung telah diberi kepada besannya.
           
            Tiba saat yang dinantikan. Di sebuah rumah usang, seorang bayi telah dilahirkan. Berita kelahiran telah sampai ke pengetahuan keluarga arwah suaminya. Maka keesokan harinya, beberapa buah kereta telah tiba di perkarangan rumah. Sayu rasa dihati melihat bayi yang comel yang baru dilahirkan itu. Bisakah dia berpisah dengan cahayamata yang baru dilahirkan itu?

            ”Abang.. abang tak apa-apa ke?“ soal Misnah apabila melihat suaminya Ismail diam membisu di sudut ruang tamu rumah mereka. ”Sakit sikit sahaja kat dada ni.“ Balas Ismail sambil mengerutkan kening menahan kesakitan. Sedang Misnah sibuk menyiapkan makan malam, terdengar jeritan di dalam bilik tidurnya. Segera Misnah lari melihat apa yang telah terjadi.

”Ya Allah... abang!!!”. Ismail tertiarap di atas tikar sembahyang sambil memegang dada. ”Kenapa ni bang?” soal Misnah sambil mengangkat sebahagian badan suaminya. Tiada sahutan yang kedengaran. Biru bibir suaminya. Jantung Misnah berdegup kencang. Didengarkan jantung suaminya.  “Abang!!!!!….” jeritan Misnah mengejutkan jiran tetanggga. Ismail menghembuskan nafas terakhir di saat Misnah sedang sarat mengandung.

”Barang-barang bayi ni dah dikemaskan semua ke?“ soal ibu mertuanya. Lamunan Misnah terhenti. ”Sudah mak.“ balas Misnah lesu. ”Kalau macam tu eloklah kita gerak sekarang. Dah lama kita kat sini“ suara ibu mertua Misnah memecah kesunyian. Tangisan bayi yang baru dilahirkan semakin kuat seakan mengerti akan berpisah dengan ibunya. Misnah hanya memandang sayu anaknya dipangkuan ibu mertua. Entah bagaimana terkeluar segala pesanan dari arwah suami Misnah.

”Mak, arwah pernah berpesan supaya saya menjaga anak ini kalau ada apa-apa yang terjadi kepada dia. Benarkan saya menjaga anak ini mak. Saya berjanji akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dialah satu-satunya anak yang masih ada bersama saya.“ rayu Misnah. Setelah mendengar penjelasan Misnah, ibu mertuanya memeluk Misnah sambil berpesan supaya menjaga cucunya itu dengan baik. Duit perbelanjaan akan diberi setiap bulan bagi membantu menampung beban Misnah. Semenjak itu, Arisya dibesarkan di sisi ibunya.

Tetapi setelah menjanda selama 6 tahun, Misnah dilamar seorang lelaki di  tempat kerjanya. Setelah didesak oleh ayahnya, Misnah akur dengan keputusan tersebut walaupun pada hakikatnya hatinya masih milik arwah suaminya. Arisya sudah berusia 6 tahun pada waktu itu. Arisya seorang anak yang bijak bercakap. Oleh kerana dia tidak dapat menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya, Arisya tidak mahu mengikut ibunya walaupun bayang-bayang hitam bakal menghantui kehidupannya kelak.

Sampai di kawasan perkuburan, hati Misnah sejuk melihat kubur arwah suaminya. ”Maafkan Misnah bang..“ rintih hati kecilnya. Arisya sempat mengerling pada ibunya. Arisya mengerti perasaan ibunya.

Puisi buat ibuku...
     
Lembaran Sepi di Aidilfitri
Takbir bergema syahdu kedengaran
Memecah sunyi di hening pagi 
Tersentak hati terusik naluri 
Mengimbas kembali sebuah memori

Hadirmu insan jadi penyeri 
Memberi erti di aidilfitri 
Saling bemaafan sesama sendiri 
Cinta bersemi kukuh terpatri

Jalinan cinta hanya sementara 
Terlerai ikatan yang dibina 
Tanpa kusedari dirimu tiada
Ke pangkuan Ilahi buat selamanya

Memori silam tinggal kenangan 
Masih tersemat diruang ingatan 
Dirimu pergi tanpa pesanan 
Hidupku kini sepi keseorangan 
Menyambut aidilfitri di bulan kemuliaan

Di kedinginan pagi 1 Syawal 
Terhenti langkahku disudut namamu 
Kuhulurkan salam kuukirkan senyuman 
Kutaburkan mawar tanda ketulusan
Kuiringi jua doa kesejahteraan 
Lantaran
Tersentuh hatiku merindui dirimu 
Menangisi ketiadaanmu
Rimbunan pohon menjadi saksi
Lembaran sepi di aidilfitri.




Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah