Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hernia

Semalam...

Kami bawa Fateh ke klinik Pakar Kanak2 An-Nur.. mcm biasa mesti nak jumpa Dr Khairul coz dia dah kenal Fateh since Fateh kecik lagi.. nak2 pulak bila Fateh selalu masuk wad.. jumpa Dr sebab Fateh batuk dan selesema masih tak hilang.. dah lebih seminggu.. Dr pun dah kenal sangat ngan kami.. dah lama tak jumpa katanya.. huhuhuu.. last sekali tahun lepas masa Fateh genap 2 tahun.. masa tu ambik vaksin Hep. A.. 

Alang2 dah jumpa Dr pakar kan.. aku minta Dr Khairul check skrotum (buah zakar) Fateh sebab aku baru perasan ada sedikit kelainan.. ada perbezaan antara kedua-dua skrotum tu.. sebelah lebih besar.. tapi Fateh takde rasa sakit apa pun.. masa Fateh bawah umur setahun pernah gak tanya Dr.. tapi Dr kata biasa jerk.. lama2 dia akan hilang sendiri.. tapi kali ni agak besar.. sebelum2 ni memang aku tak delah perasan sangat.. rasanya macam ok jerk kedua2nya.. tapi dalam seminggu dua ni nampak ketara perubahan yang berlaku..

Bila Dr check..

terus Dr suruh datang esok (hari ni) jumpa pakar bedah kanak2.. aku dah risau.. Dr kata Fateh kena hernia aka angin pasang.. dr pakar bedah akan menentukan samada Fateh kena operate atau tidak.. aku jadi risau sangat2.. apa pun penyakit yang melanda anak2 mesti ibu2 akan risau.. nak2 pulak kalau kena operate.. hati ibu mana yang tak gundah gelana.. kalau tak gundah tu.. memang takde perasaan keibuan langsung!


Nak pergi kerja pun aku tak semangat... asyik dok fikirkan mengenai Hernia.. search google.. cari info yang boleh memahamkan aku erti Hernia sebenarnya... hasil dari bacaan aku.. barulah aku faham kenapa ianya terjadi.. dan operation adalah jalan yang terbaik..

Istilah Hernia..

"Hernia atau dalam bahasa Latinnya, herniae, membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantong dengan bukaan berbentuk seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi di kawasan perut dengan komponen yang keluar berupa bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini." - sumber pmr.penerangan.gov.my


Penyebab Hernia - sumber www.izieherb.net

Hernia yang berlaku di kalangan warga tua samada disebabkan oleh adanya jalan yang terbentuk semasa perkembangan fetus, bukaan sedia ada di dalam ruang abdomen atau kawasan dinding abdomen lemah oleh sebab sesuatu keadaan.
  • Apa jua keadaan yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam ruang abdomen boleh menyumbang kepada pembentukan hernia atau menerukkan lagi hernia. Contoh termasuk:
    • Obesiti,
    • Mengangkat objek berat,
    • Batuk,
    • Meneran semasa buang air besar atau kecil
    • Penyakit paru-paru kronik dan,
    • Ada cecair di dalam ruang abdomen.

Mengikut petua orang2 lama.. juga petua dari MIL aku.. bayi lelaki yang baru dilahirkan perlu di tuam buah zakar untuk mengelakkan angin pasang... begitu juga dengan bayi perempuan.. tuam di bawah pusat.. dan aku dah tuam kedua-dua anak2 aku sehingga umur 3-4 bulan kalau tak silap.. dan bila aku baca forum2 keibubapaan.. ada juga kes macam Fateh.. walaupun si ibu dah menuam.. tapi anak tetap kena Hernia..


Berdasarkan pembacaan aku dan pemerhatian aku pada Fateh.. apa yang boleh aku katakan.. punca Fateh di serang adalah disebabkan.. yg pertama proses meneran semasa membuang air besar.. ni kerap juga terjadi.. pernah sekali tu sampai nanges2 dia meneran sebab berak keras.. mungkin disebabkan kekurangan air dalam badan.. dan yang kedua adalah berpunca dari batuk yang berterusan..

Rasa tak sabar nak jumpa dr pakar bedah kanak2 petang ni.. nak tahu apa tindakan yang akan dibuat.. dan sekiranya di bedah.. mungkin tidak esok.. sebab Fateh masih mengalami batuk dan selesema.. apa pun tunggu keputusan petang nanti.. hmmm.. risau sangat2.. sebab Hernia ni akan jadi merbahaya sekiranya Hernia terjerut..

Hope doakan Fateh sembuh dengan cepat..

Comments

Suraya Baharun said…
hernia ni la penyakit yang paling kene alert kalau ada anak lelaki..insyaAllah, tak ada ape2 tu kak ina...semoga fateh cepat sembuh..
Faina Arisya said…
su..

risau tau.. itulah penyakit yg ditakuti kaum lelaki.. kaum perempuan pun boleh kena..
Hot Mummy said…
Ank ina yg sulung tu,mmg dr lahir dh kene hernia. Mmg teruk la, asik nangis je. Sampai nk kencing pun susah, bile die dh kencing, brlah die lega. Mmg tiap2 bulan g checkup sampai umo di nk ke 2thn. Tp die kene xde la teruk mcm dlm gmbr tu kak. Now, dh ok, xde la same size buah zakar die tp oklah cume kene pantau je. Ina mmg x bg die angkat brg berat.
Faina Arisya said…
HotMummy..

kesiannya tengok anak sakit2 macam tu kan.. bila dah ada penyakit macam ni.. kena jaga diorang betul2..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah