Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kes buang..

Tabiat membuang ni since Amiera kecik lagi.. bukan buang uk uk eh.. tapi buang barang... geram sungguh lah hai.. kali ni dipelopori adik dia si Fateh ni.. adik dia lagi dasatttttttt... kalau boleh semua barang dalam rumah tu nak dibuangnya.. kalau takat buang kat tong sampah.. ok lagi laaa.. ni dak.. dia pi campak ke luar rumah.. samada dari balkoni atau dari yard.. mana ada ruang lapang.. dia akan campakkan barang2..

Sejarah... Amiera pernah buang kucing kesayangan masa umur dia dalam 2 tahun lebih gaks... pun dia campak dari balkoni masa kami duk kuarters lama dulu.. masa tu kami tingkat 10.. sedih tau.. dahlah mahal (time tu ler..).. comel laks tu.. kami tau kes dia buang kucing beberapa hari kemudian.. jenuhlah pi cari sekitar kawasan.. langsung tak jumpa.. sampai aku tampal iklan kat area lif.. tapi takde sesapa yg jumpa... last2 en hubby belikan yang baru yang sebijik.. mulai haritu memang kami monitor Amiera.. barang2 lain yang dibuang tu aku tak sure lah pulaks.. takde pulak aku perasan.. kalau ada yg terbuang tu dah nak wat camna kan.. dan kalau ada yang terkena kat kepala or kereta.. harap dimaafkan..


Inilah kucing kesayangannya Amiera..




Kini.. Fateh pulaks..

Barang yang mula2 sekali dia buang adalah bola.. dia campak dari yard.. dahlah time tu maghrib.. gigihlah aku pi turun.. nasib baik jumpa.. dan nasib baik takde kenderaan yg lalu-lalang.. kalau tak naya bola tu kena lenyek..

Barang yang ke-2 adalah bantal.. masa ni aku tengah sidai baju kat balkoni.. Amiera sedang susun2 baju yg dah kering.. tu pun kena push.. biasalah kan.. buat keje sambil mulut pot..pet..pot..pet.. tak ikhlas sungguh nak tolong mama.. si Fateh ni pulaks.. kejenya ngacau kakak dia.. sambil tu diorang gurau2 senda.. ntah macam mana.. Fateh nanges.. terus dia kuar ke balkoni dan campakkan bantal busuk dia.. so, dalam kes ni yang jadi mangsa adalah Amiera sebab buat adik dia nanges.. tak pasal2 kena cari balik bantal adik dia.. hmmm.. nasib baik jumpa..

Dan bantal yg sama juga akhirnya telah hilang.. tak pasti kemana.. kemungkinan Fateh dah campak ke luar tanpa kami sedari.. huhuuhuu.. cari pun tak jumpa dah.. ntah2 dah buruk or lunyai.. terus tukang sapu buang.. haishhh.. patutnya barang2 berharga ni kalau sesapa jumpa letaklah kat mailbox ke kan.. at least mungkin boleh nampak.. hmmm.. nampak sangat orang2 kat apartment aku tu jenis tak ambik kisah pasal semangat kejiranan..

Dan yang terkini.. botol susu.. pun dah lewat petang.. habis jerk disedut.. dengan suka2 hati Fateh kuar balkoni dan campakkan botol tu.. tak sempat en hubby nak gagalkan niat dia.. huhuhuhu.. senang jerk keje dia kan.. dulu2 rajin gaklah lepas minum susu, Fateh campak botol ke sinki.. lanni samada dia campak jerk atau dia buang terus keluar.. amboi.. ingat botol tu murah.. terpaksalah mak ko ni pi carik balik botol tu.. sib baik jumpa.. hohoho..

Kesimpulan.. adik beradik.. sama jerk peel nya.. hish!! geram tul..

Comments

Suraya Baharun said…
kak ina, dah jadi macam hobi pulak...
Faina Arisya said…
su..

tulah pasal.. hobi tak bertempat.. pokai mak ayah dia camni..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah