Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Misi ke Sauk

N3 ni takde kaitan dengan anasir2 jahat ya..

Ahad lepas.. rombongan meminang anak dara Sauk.. first time ok aku ke Sauk ni.. Sauk yang menyimpan sejarahnya tersendiri..

Masa bujang2 dulu aku pernah pergi ke Kuala Kangsar.. masa tu masih berkhidmat di BTN.. ada kursus profesionalisme kepegawaian.. amboiiii.. susah sungguh nak nyebutnya... aku masih ingat lagi.. sampai jerk kat kem Ulu Kenas.. aku demam teruk.. seluruh badan aku sakit2.. urusetia bawak aku ke klinik.. dr suspect aku demam denggi.. gilos... lepas makan ubat.. barulah demam aku kebah.. tapi suara aku dah tak boleh nak keluar.. serak tak hengat.. yg bestnya.. bila kena present.. aku dikecualikan.. huhuhuhuhu.. best sangat2 sebab suara aku takde lor.. selamat aku.. memang aku penakut kalau nak kena buat presentation sorang2..

Berbalik pada misi kami ke Sauk..

Rombongan kali ni adalah rombongan meminang bagi pihak sepupu en hubby.. adalah dalam 7-8 buah kereta kalau tak silap aku.. berkonvoi dari Teluk Intan - Ipoh - Sauk..

Perjalanan yang memakan masa hampir sejam dari Ipoh... akhirnya sampai jua.. pemandangan Sauk sungguh cantik.. suasana kampung.. rumah pihak perempuan meriah dengan kehadiran tetamu yang sedang makan.. dah macam kenduri kawen pun ya..

Labu Sayong.. simbol kebanggaan Sauk.. 

panas terik.. tapi awan sedang mengumpul jentera2nya utk menghentam bumi..


Ikatan janji telah dimeterai antara kedua-dua pihak.. tunggu masa untuk disatukan kedua2 pasangan.. tahniah buat mereka berdua..

baru sampai.. rehat dulu sebelum pembuka bicara dimulakan..

my FIL bertindak sebagai jurucakap majlis..

gadis pingitan Sauk duduk bersimpuh di pelaminan.. bersedia untuk disunting.. cewah!

ibu pihak lelaki menyarungkan cincin tanda ikatan pertunangan telah terjalin..


Selesai acara peminangan.. acara makan2.. hidangan nasi minyak... betul2 macam kenduri kawen..

ramai jemputan dari sekitar kampung..

ini budak tak mau makan.. dia mau main sajork!

my child wt their cousin..

pasangan sah tunang.. bak kata omputih.. SBNA (Single But Not Available).. bukan SBPA ya.. PINK yo.. i LIKE..

Beginilah bila anak perempuan sulung nak bertunang.. mak ayah nakkan yang terbaik untuk anak2.. hmmm... macam manalah Amiera nanti bertunang ya.. dengan sapalah gamaknya... hantarannya RM25K.. amacam.. care??? huhuhuhuuh.. berangan!

Comments

syalinda johari said…
cantik tunangan orang tu..baju pinkkk..sweett
Faina Arisya said…
syalinda..

tulah pasal.. color peberet!

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah