Skip to main content

Perihal Jering

Salam Jumaat..

Actually since semalam.. aku tak tau nak cerita apa.. takde idea.. lagipun sibuk sket ngan kerja coding aku yg takde kesudahan ni..

Hari ni pun tak tau nak cerita apa.. aku cerita pasal jering lah..

kredit to info-gallery.org


Korang makan jering?? mesti ramai yg tak suka kan.. zaman aku dulu biasanya yg hidup di kg jerk makan jering ni.. kat bandar tak taulah..



Jering ni pulaks ada macam2 jenis dan gelaran.. ada jering muda yg dibuat ulam.. ada jering tua.. jering tua ni boleh dimasak terus atau pun dicambah terlebih dulu.. jering cambah ni.. setahu aku.. cara arwah nenek aku dulu.. akan tanam jering tua ni dan ianya akan bercambah.. dan cara memasak jering cambah pun lain..

jering muda.. kredit to dangarumbia.wordpress.com

jering tua.. kredit to rasarasa.net.my

jering cambah.. kredit to cheriterazanyra.blogspot.com

Jering ni kat mana2 negeri pun ada.. cuma bezanya.. cara ianya dihidangkan.. ada yg dibuat ulam.. ada yg dimasak.. dan macam2 cara..

Di n9 pulaks.. selain dibuat ulam.. kami masak dengan aneka resepi.. dan yang paling sedap bila jering tua ni direbus seempuk2nya.. pastu di buat sambal tumis or sambal kering.. memang marvellous.. jilat jari ko!.. selain tu boleh juga dimasak lemak cili padi.. jering cambah ni pulaks.. akan diketuk terlebih dahulu menggunakan lesung kemudian masak lemak cili padi.. pun sodap! selain tu.. jering cambah ni pun boleh dibuat sambal.. tapi caranya lain sket.. kami akan hiris dulu.. kemudian goreng garing2.. pastu buat sambal kering.. pergh!! makan ngan nasi panas.. memang sedap...


Tapi sayangnya... aku ni jenis tak berapa nak reti.. tak mewarisi keistimewaan tu.. aku tak reti ko! aku tau makan jerk.. huhuhuhuhu... sebab tu aku jarang beli jering.. kalau aku beli pun.. aku beli jering muda.. kalau yg tua ni memang aku tak tau.. takut salah.. kalau aku teringin sangat nak makan.. aku mintak abah aku tolong belikan jering.. pastu bab masak.. aku no hal lah.. hantam sajalah asal ada rasanya.. tapi kan tak seenak masakan arwah nenek dan mak aku..

Dan kebetulan masa aku balik umah mak aku.. ada jering... fuhhh.. menusuk kalbu baunya yg harum.. tapi ada orang tak boleh ooo ngan bau jering rebus ni.. mak aku masak lemak cili padi.. pedas... zassssssssss... sempat lagi suh aku tapau bawak balik.. aku sorang jerlah yg makan.. makan lauk tu ngan nasi putih pun dah cukup pada aku.. tak toleh kiri kanan...



Tapi AWAS!! jering tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak ok! boleh merosakkan organ dalaman kita.. info lanjut bleh baca kat sini.. so, peminat tegar jering.. hadkan pengambilan jering anda..

Comments

syalinda johari said…
kak iena..sedaplah masak lemak tuh..pernah makan dulu...orang nogori masak.. pergh..pedasss tapi menjilat jariiiiii
Faina Arisya said…
syalinda..

makan jering gak eh.. tu aa.. orang n9 ni suka makan yg pelik2.. memang sedap lah wehhh.. kelemakan jering tu terasa..
Kebod's Family said…
kat kelantan jering di rebus..pastu makan ngan kelapa...bleh jd juadah minum petang plak nyer...

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…