Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Semangat Tahun Baru

As salam..

3 hari bercuti yg lepas sempena tahun baru 2012.. rasanya puas gak lah sebab melepak jerk kat rumah.. kalau pi jalan2 confirm rasa tak cukup jerk cuti 3 hari tu.. asalnya nak melepak kat rumah tu sebab nak kemas2 rumah, nak wat preparation utk Amiera masuk sekolah nanti..

Pagi Sabtu.. aku ajak Amiera.. kemas beg sekolah.. masukkan apa yang patut kat dalam beg.. buka semua bungkusan barang2 sekolah yg dibeli sebelum ni.. kalau aku tak join sekali.. ntah apa yg di buatnya.. budak2 ni kalau kita tak suruh.. memang tak akan dibuatnya.. takde semangat langsung nak ke sekolah.. kalau time aku dulu tu.. bila nak masuk sekolah balik.. mesti excited.. dan kalau dapat keperluan barang2 sekolah yg baru lagi excited.. tapi Amiera.. biasa2 jerk pada dia.. sungguh aku tak faham!

Ntah macam mana.. petang Sabtu tu aku rasa semacam.. kepala aku berat.. rasa tak sedap badan.. nak kata demam tu tak pulak.. tapi memang lemah selemah2nya.. tidur malam batuk2.. mungkin sebab kepanasan melanda beberapa hari ni.. kat luar rumah panas terik.. kain jemuran semua garing.. kalau tak tu.. lembab jerk..

Keesokannya pun sama.. nak wat keje2 pengkemasan tu takde semangat.. aku buat slow2 jerk.. sib baik en hubby yang banyak menolong.. dia yg dok kemas stor.. susun atur mana yg patut.. aku cuma nengok jerk.. nak bagi pendapat pun cam takde mood.. bila dah bosan tengok tv.. aku mintak tolong en hubby bawak keluar rak2 baju Fateh.. memang itu salah satu agenda hari cuti ni.. nak kemas rak pakaian Fateh.. dah lama sangat nak susun atur semula pakaian Fateh.. nak asingkan pakaian yg dah tak boleh dipakai sebab rak tu dah penuh..

Petangnya.. jahit tudung sekolah Amiera.. bagi ngam2 bila dipakai.. standardlah kan.. kalau beli yg dah siap ni.. ukuran muka besar gedabak.. pastu pulaks jahit lencana dan nama.. menjahit pun takde mood.. aku jahit simple2 jerk.. asal boleh melekat lencana tu.. rasa tengkuk aku lenguh sangat2..



Bila aku rasa dah tak larat.. ingat nak telan ponstan.. tiba2 nampak pil vitamin en hubby.. telan sebijik.. esoknya.. hilang sakit2 badan.. kepala pun rasa ringan.. so, tinggal sehari sebelum mula bekerja esoknya.. nak ngemas tu memang dah malas.. hehehhehe.. last2 ngadap lappy... nak merealisasikan impian pertama 2012.. impian ni memang dah lama nak buat.. asyik tertangguh jerk.. hope tahun baru ni.. semangat baru.. harap2 tertunai jugaks.. nak tau apa.. tunggu bila dah siap nanti yerk..

Malamnya.. aku iron baju2 sekolah Amiera siap2.. senang.. takdelah esok (hari ni) aku kelam kabut.. maknya pulaks lebih bersemangat anak nak ke sekolah.. tapi anaknya.. macam takde semangat langsung nak ke sekolah.. tak nak pergi sekolah adalah..

Hari ni mula bekerja dan hari ni adalah hari terakhir Amiera follow aku ke opis.. esok dia dah mula ke sekolah.. dan aku pun bercuti 2 hari sempena persekolah Amiera di Tahun 2..

Sampai di pejabat.. aku tanggalkan segala info yg berkaitan dengan 2011.. susun meja.. kemas apa yg patut..

Tahun baru.. kena ada folder baru.. itu yg aku buat setiap permulaan tahun baru.. folder baru adalah segala yg berkaitan dengan tugasan aku.. ini memudahkan aku nak update semua tugasan yg diarahkan.. senang bila nak submit LNPT pada akhir tahun..

Tapi masih tiada fail baru yg aku terima.. means tiada coding yg perlu aku lakukan pagi ni.. so, dari tak buat apa2.. aku wat keje-keje backup segala data2 di PC.. PC aku ni dah lama.. bila2 masa jerk bleh kong.. bahaya ooooo.. so, baik aku backup siap2..

Oklah.. dah terlebih melalut hari ni.. aku nak wish kat semua kawan2.. keje molek2 ya.. semoga tahun baru membuka lebih banyak peluang dan menempuh segala cabaran dengan cekal..

Comments

Suraya Baharun said…
Selamat tahun baru kak ina...
syalinda johari said…
kak iena, selamat tahun baru 2012
Cikgu Anuar said…
selamat thn baharu semoga impian mjd kenyataan! slm utk mira n fateh..boboi boy!
Cikgu Anuar said…
selamat thn baharu...
slm ksh syg kat fateh boboi boy n mira :)
Faina Arisya said…
su, syalinda & cikgu Anuar..

selamat tahun baru jugak.. moga impian dan cita2 kalian dirahmati Allah..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah