Skip to main content

3rd Pregnancy ~ I'm back!

Asssalamualaikum...

Apa khabar semua?? sihat ke??

Lamanya aku menyepi kan.. dah hampir sebulan kalau tak silap...

Ni pun aku gagahkan diri gaks nak update blog kesayangan ni.. first n3 for Oct..

Mesti uols tertanya2 kan.. kenapa aku tak update blog... macamlah aku ni famous sangat khannnn... hahahahhaa... ada aku kesah!

Actually aku dalam mood MALAS... dan ia disebabkan oleh perubahan pada diri aku.. jeng3.. uols mesti bleh dapat agak kan... hahahhahahahha....

Yes!! I'm pregnant! what??? u pregnant Faina??? percaya atau tidak... itulah hakikatnya... dah 9 minggu ok!...

pic credit to www.babycenter.com

Masih dalam trimester pertama... lamanya nak habis... aku mengalami morning dan evening sickness... nanges!!! hari2 rasa nak nanges!! faktor usia aku yg dah tue ni lagi buat aku rasa teruk sangat!! angin tu toksah cakaplah... waktu pagi nak bangun gi kerja so far tak de masalah sangat... cuma bila aku isi perut aku dengan something... mulalah badan rasa semacam dan tekak dah mula loya... sampailah ke malamnya... aku lembik!!

Tanda2 keloyaan tu bila kandungan dah berusia 5 minggu.. sampailah sekarang... tak sanggup rasanya nak menghadapi saat2 macam ni next time.. cukuplah ini yang terakhir.. tak sanggup!

Meh aku nak cerita sket kisah pregnant aku kali ni..

3 minggu selepas hari raya.. aku ada rasa perubahan pada diri.. tapi aku anggap tu biasa sebab benda yang sama juga berlaku bila aku nak period.. then bila tiba masa tarikh period.. aku tak period2 jugaks.. hati dah rasa tak sedap... sehari selepas tu aku buat pregnancy test sendiri kat rumah... walaupun 2 jalur keluar tapi masih kabur.. so, aku sangsi! lagipun masa tu aku test waktu petang... then beberapa hari kemudian.. aku cuba lagi tapi disebelah pagi... pun keputusan yang sama... tanda2 loya semua takde... yerlah kan.. elok jer aku sampai boleh celebrate Anniversary kat Fraser Hill.. cuma aku cepat lapar..

ujian pertama..

ujian kedua..

10 Sept.. aku pi check kat klinik pulaks.. bila dr scan.. memang tak nampak apa2... mungkin sebab masih baru.. bila aku tunjuk kat dr hasil test yg aku buat... dr mengesahkan memang aku pregnant! dr suggest test sekali lagi kat rumah lagi beberapa hari... aku akur!

Dan.. jalur agak ketara kelihatan walaupun warna tak terang sangat..

ujian ketiga..

Semenjak itu.. aku mengalami perubahan besar seperti loya dan lemah2 badan... tak sanggup weiiiiii.... aku tak larat nak keluar jalan jauh2.. rasa nak duduk dan baring jerk sepanjang masa.. nak masak apatah lagi.. susah sangat2.. kesian en hubby ngan anak2... en hubby yg banyak menguruskan hal2 rumah... tq laling atas pengorbanan dan bersabar dengan perubahan ur wife.. bila waktu cuti.. en hubby ngan anak2 jerk keluar rumah... aku terperap jer kat rumah coz itu yang mampu aku buat setakat ni..

 4 Oct.. dah 8 minggu.. aku check lagi kat klinik.. mungkin dah boleh nampak heartbeat baby... tapi sayangnya.. mesin scan tu ada masalah kekaburan sket... aduiii laaa... dr belek punya belek.. nampak juga heartbeat baby tapi aku tak berapa jelas.. dr suh datang lagi 2 minggu utk dapatkan pengesahan usia baby yg sebenar..

Nasihat aku kat semua adik2 yang bakal berkahwin atau sedang menanti kehamilan atau yg sedang merancang.. kalau boleh hamillah sebelum usia menjangkau 35 ke atas... tapi ikut badan seseorang jugaks kan.. lain orang lain caranya... jangan jadik cam aku ni.. lembik! 

Oklah... setakat ni dulu.. tak bleh lama2... aku nak m^#!@$...

Comments

congrats faina heheh....jaga diri baik2..ehhe
syalinda johari said…
kak iena...i'm happy for you...tahniah..alaahai jelesnya, kalau kami tak gugur, sama baya nih anak kita..
take care kak iena, rest okey dan buat kerja elok2 jangan stress2...
muahh...
suka suka said…
Tahniah & take care!
Kebod's Family said…
Tahniah Kak Ina...take care...

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…