Skip to main content

Cuti Sekolah ~ Cameron lagi

Assalamualaikum..

Sambung n3 sebelum ni.. walaupun dah masuk tahun 2014.. tapi nak wek camno! aku takde masa nak update.. huhuhuhu..

Lepas mandi manda kat LWT.. keesokannya kami naik ke CH.. ni kali ke-2 utk tahun 2013 kami naik CH.. dah itu tempat yg dekat ngan umah MIL.. ambil masa hampir sejam perjalanan..

Asalnya nak pergi balik hari.. kebetulan SIL pun nak naik CH dan stay kat sana semalaman.. so, kami ngan mertua pun join sekali..

Kali ni kami menginap di Rose Apartment.. 3 bilik dan 2 bilik air.. sapa nak masak2 pun ada disediakan peralatan2 di dapur.. tapi carpet tak memenuhi setiap ruangan rumah.. hanya ada di ruang tamu.. sejuk weiii.. kena bawak selipar.. kalau malas bawa beli jerlah selipar kat atas.. overall memang selesa.. cuma tang sejuk jerk.. aku memang tak bleh tahan... owner apartment ni mungkin lain2.. so, fasiliti yang disediakan mungkin berbeza setiap rumah.. apa?? nak tengok gambar.. alah uols gugel jerk.. banyak gambar... hehehhehe...

apartment ni memang strategik.. kat belakang Kea Farm.. tempat yg famous dengan jualan pelbagai sayur2an dan buah2an.. dalam 5-10 minit berjalan kaki gitew..

ada banyak blok kat sini..

Lepas check-in kami gi lunch dulu kat Tanah Rata.. pastu shopPINK kat pasar malam Brinchang..

kakak dengan sweater dan selipar baru Hello Kitty.. suker le tew!

adik ngan sweater ultraman dia.. masa ni tengah tunggu makanan utk dinner..

Keesokannya.. lepas check-out.. kami gi sarapan dulu.. nak pekena nasi lemak sedap..

inilah tempatnya.. diorang pun ada sediakan homestay... rate rm300 semalaman..

nasi lemak sedap dan teh strawberi

si adik fokus main game lepas nanges sebab tak dapat ice-cream.. pepagi ko nak makan ice-cream pe hal! tak koser aku nak layan.. pujuk2.. bagi makan nasi lemak dulu.. baru belikan ice-cream..

lepas tu berenti kat satu kedai ni.. apa ntah namanya.. ada taman bunga kat belakang kedai..

mak buyung ngan pak buyung... hahahhaha... bleh gitew..

Kemudian kami singgah semula kat Kea Farm utk beli sayur2an dan buah2an.. otw nak balik kami singgah beberapa tempat..

khabarnya coklat kat sini sedap.. sebab tu beriya nak singgah.. walaupun harga agak mahal.. tapi memang berbaloi.. choc dia memang sedap.. 

 Oklah.. itu sajork percutian kami di penghujung tahun 2013.. dan sempena cuti sekolah.. memenuhi masa lapang anak2 yg semakin membesar..

Comments

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…