Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

3rd Pregnancy : 5th Checkup

Jumaat lepas..

Buat checkup kali ke-5.. so maksudnya kandungan aku dah masuk 5 bulan..

pic credit to www.babycenter.com

So far alhamdulillah.. baby ok.. berat pun mengikut usia.. dalam 440gm.. air ketuban cukup.. cuma uri ke bawah sket.. dr kata InsyaAllah akan naik sebab baby masih boleh berpusing.. jantina masih tak nampak sebab mesin scan tu tak terang.. si maknya pulaks.. tekanan darah aku rendah.. manjang aja rendahnya.. mencik tul!

Bulan ni checkup terakhir aku kat klinik tu.. hujung bulan ni buat details scan ngan 4D.. pastu next month  checkup kat hospital pulaks.. harap2 semua ok..

Sebut pasal detail scan dan 4D.. aku ambik pakej promosi kat klinik pakar wanita dan kanak2 yg baru dibuka kat Putrajaya ni.. klinik Kasih namanya.. .. rm180 sajork.. oklah.. pada aku murahlah di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang.. ker ada yg lagi murah?? hehehhe.. tak kisahlah.. yg penting murah pada aku dan dekat ngan rumah.. tak nak pening2 kepala cari klinik..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah