Skip to main content

Majlis Hari Ulang Tahun Kelahiran Amiera & Fateh ~ Frozen Theme

Assalamualaikum..

5 Syawal yg lalu bersamaan 1 Ogos 2014.. bulan kelahiran Amiera dan Fateh..

Memandangkan kami berada di Ipoh.. Amiera pulaks nak sambut besday ngan sepupu sepapat di Ipoh.. maka sebagai seorang ibu.. aku berusaha utk menunaikan permintaan puteri sulung yg banyak songeh ni.. sambutan diadakan secara sederhana..

Majlis kali ni bertemakan 'Frozen'.. tak dapat sejibik sejibon.. dapat ala2 pun jadiklah.. bajet ciput.. Amiera tak habis2 ngan citer frozennya.. si Fateh pun dah ngikut sekali.. si Fateh tak habis2 dok tanya bila nak potong kek masa puasa haritu.. aduiii.. jenuh nak explain kat dia..

Untuk menghasilkan kek bertemakan 'Frozen' ni.. kenalah tanya cik google.. bila dah dapat idea.. aku kena cari bahan sebab kat Ipoh agak terhad.. aku pi terjah kedai Yummy kat Bangi nun.. sebab masa nak buat majlis Aqiqah haritu aku ada terperasan diorang ada jual set patung Frozen.. tup2 bila nak pi beli.. sold out ler pulaks..

Camno??

Tanya balik cik google.. alhamdulillah.. jumpa kat lelong.. lagi murah..

Patungnya dah ada.. tapi sapa nak buat kek masa hari raya ni?? ada ke kedai yg bukak?? aduiii... fenin pikir.. tanya cik google tak jumpa yg berkenan di hati.. kalau tak jumpa jugaks kena pi beli kat En. SR lah jawabnya.. ntah macam mana tergerak hati minta phone no kenalan SIL yang ada kedai tak jauh dari rumah MIL.. alhamdulillah.. tuan kedai terima tempahan.. settle urusan kek..

Utk goodies bag dan aksesori majlis.. aku dah beli awal.. tapi almalangnya.. aksesori tertinggal di rumah.. huhuhu.. terpaksa beli yang lain kat Ipoh..

Gown Frozen Amiera aku beli online jerk..

ni yg agak comey dan murah.. ada pulaks saiz 10.. hat dress labuh dan terlalu comey mahal sangat2.. tak berbaloi kalau semata2 nak pakai masa besday.. so, belilah.. bila Amiera try pakai.. alahai singkat sket.. almaklumlah Amiera ni tinggi melangit.. pic credit to shehanzstudio.blogspot.com


Layan gambar ok..


aku suker sangat ngan design kek ni.. anak2 aku suker..

closeup sket..

kononya nak beli belon yg ada gambar frozen tapi nan ado.. so, beli yg ala2 jerk.. huhuhu..

si kakak yg perasan jadi Elsa.. ngeeeeee... si adik yang tak sudah2 ngan posing dia bila depan kamera..

Selamat Hari Jadi sayang2 mama.. semoga jadi anak yg soleh solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.. aminnnn.. mama sayang uols sangat2..

muka Fateh lepas nanges sebab kena snow spray.. huhuhuhu.. kata tema Frozen kannn.. kenalah ada snow.. haaa... menjerit ko! penuh buih2 kat mask spiderman..

makan2..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekalutan.. huhuuhu.. terima kasih sangat2 pada semua yang menjayakan majlis sederhana ni..

Comments

salam sis.. cntik kek.. ada amik tempahan x? boleh whtspp sy 011 2114 8454
Faina Arisya said…
Mohd Nazeri..

maaf ya.. akak tak berapa reti buat kek.. apatah lagi nak design cantik2.. akak pun tempah kat kedai kek..

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…