Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Owh!! Arissa Selsema!! ~ Vicks Baby Balsam

Assalamualaikum..

Semalam..

Pengasuh bagitau Arissa selsema.. aduiii.. ni yang lomah ni.. kelmarin memang ada dengar hidung cam tersumbat sket.. tapi takdelah pulaks dia meragam..

So, keje aku memastikan hingus dia berkurangan.. jenuh gaks nak sedut guna alat penyedut hingus tu.. agak kureng sket lah jenama ni.. sebab agak keras.. rugi laks rasanya beli.. mentang2lah kaler PINK.. main rembat jerk aku ni kan!! huhuhuhu..


Masa Fateh rasanya aku guna jenama yg sama.. sama jugak keras.. huhuhu.. pastu aku tukar jenama lain.. ingatkan dah bertahun2 ni kualiti berubah lah kan sesuai dengan kenaikan harga tu.. huhuhuhu.. nan ado!

Pasni aku nak beli hat yang kita sendiri sedut tu lah.. guna kat rumah.. hat sedia ada bagi kat pengasuh.. takkan nak suh pengasuh yg sedut kot! agak2 lah kan.. kalau dah beli nanti aku buat testimoni.. berkesan ke tak?

Malam semalam.. alang2 en hubby nak kuar beli barang Amiera.. ada jerk keperluan sekolah yg nak dibeli.. macam2.. sib baik dah gaji.. aritu pernah sekali.. dah nak ke hujung bulan cikgu nak kertas warna ngan bendera.. aduiii.. hat yg berekonomi sederhana cam kami ni bolehlah korek kat mana2.. hat yang susah tu camno!! aduiii.. nak kena bawak isu ni ke PIBG ni.. uiitt.. dah melalut ke cerita Amiera laks.. sambung kisah Arissa.. suh en hubby pi farmasi beli apa2 ubat yg sesuai utk redakan selsema Arissa.. diorang suggest vicks baby balsam..

sesuai utk bayi berumur 3 bulan ke atas.. 

Harap2 kuranglah sket selsema Arissa.. kalau tak ok jugaks.. kena cuba ubat lain laks..

Antara produk lain yang dicadangkan..

tropika baby herbal cream.. agak mahal sket..

21st Century - Children's Vapor Balm.. ni murah rm8.95.. ramai gaks yg syorkan produk ni.. nak beli gaks lah.. standby satu kat rumah..
 

Ada jugaks aku jumpa info pasal buat terapi kat bilik.. sediakan air panas pastu letak setitik dua minyak kayu putih.. try lah jugaks semalam.. memang bau dia sedap.. tapi.. huhuhuhu.. kejap jerk pun.. bila air dah suam.. hilanglah bau dia... huhuhuuhu...

Aku tau petua pasal sapu ibu kunyit kat batang hidung baby.. tapi aku tak nak buat.. kunyit pun takde.. serbuk kunyit adalah.. kwang3.. lagipun kang susah laks nak hilangkan warna kuning kat hidung Arissa.. dah tak omey dah.. huhuhuhu.. heyy!! nak comel ke nak sihat?? huhuhuhu.. nak dua2.. boleh gitew?

Oklah.. uols ada petua atau apa2 produk utk kurangkan selsema baby?? kalau ada share yerk.. thanks!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah