Skip to main content

Pra Majlis Aqiqah & Kenduri Kesyukuran Baby Arissa

Assalamualaikum..

Bersambung lagi n3 majlis aqiqah Arissa..

Sebelum majlis.. ada beberapa perkara yang perlu disediakan..

Checklist Majlis:-

1. Katering + Seekor kambing
2. Kanopi
3. Set buaian
4. Kumpulan Marhaban
5. Tukang cukur rambut
6. Door Gift
7. Photo ~ guna kamera sendiri sajork
8. Jemputan
9. Gown Arissa

Katering, kanopi, kump. marhaban, tukang cukur rambut en hubby dan mertua yang uruskan.. bab kanopi aku dah pesan siap2 kat en hubby nak kaler Pink+White..

Aku uruskan set buaian dan door gift.. aku memang suker bab2 ni..

Set buaian aku booking lepas Arissa lahir.. door gift aku uruskan sebelum dan selepas bersalin..

Untuk set buaian aku tempah kat sis Sherie..  jenuh jugak aku google cari info.. nak2 pulak kat Ipoh agak terhad perkhidmatan macam ni.. ntah macam mana.. terjumpa blog sis Sherie ni.. aku memang sangat2 berminat ngan hasil kerja sis Sherie ni sebab semuanya ala2 english... hati dah berkenan.. LIKE sejuta kali... hehehehe... bila compare price ngan orang lain.. tak jauh beza..  then aku tambah aksesori lain supaya nampak lebih menarik.. hehehhe..

antaranya...

sis Sherie sedang pasang set buaian..


2 pahar bunga telur..  1 pahar aku buat sendiri.. 1 pahar lagi beli siap kat Nilai 3..

Frame.. design sendiri sajork.. bolehlah kan.. asal ado!

belon ni aku beli siap2 kat KL.. ingatkan nak masukkan gas helium.. cari punya cari tak jumpa2 sekitar rumah MIL.. huhuhuhuh.. nak ke Ipoh tak tau kedai kat mana.. last2 masuk gas biasa sajork.. so, tercongoklah belon tu kat bawah.. kalau gas helium bolehlah dia terapung2 gitew..


Jemputan tak ramai pun.. kump. marhaban, orang masjid, sanak sedara dan sahabat handai.. aku design simple kad jemputan.. edar online jerk..



Untuk gown dan headband.. aku beli kat Parkson jerk.. Trudy & Teddy.. gown tu yang menarik minat aku..

kaler dan design gown sangat sweet..

Alhamdulillah persediaan berjalan dengan lancar.. nanti aku update n3 semasa majlis..

Link Lain Majlis Aqiqah :-



Comments

Hayati Malek said…
Askum nk tanye...kad jemputan akk wat cmne ye?
Faina Arisya said…
Hayati Malek..

Kad Jemputan tu akak cari kat google jerk.. pastu ubah sendiri content dalam kad..

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…