Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Simple birthday celebration for Amiera

Assalamualaikum..

Jumaat lepas.. simple celebration for her..

Memandangkan Amiera tak mau bwk kek ke sekolah.. so, aku tak tempah lah kek utk dia.. 
tapi camna nak celebrate?? takkan tak nak celebrate apa2.. mesti Amiera akan rasa sedih nanti.. aku takde idea ok.. yg aku tau.. aku nak cari hadiah utk dia.. itu jerk..

So, tengahari tu.. aku plan nak pi kat peniaga yg jual barangan baby.. kebetulan peniaga tu pun ada jual mainan.. tapi almalangnya.. peniaga tu tak buka lah pulaks kedai dia.. aduhaiii.. camno?? nak pi alamanda memang aku surrender.. letih menapak ke Tmn Warisan pagi tu.. dgn mengantuk dek kekenyangan dan keletihan..

Kebetulan ada satu peniaga tu jual kek.. hmm.. datang idea!!

Sampai kat rumah petang tu.. cepat2 aku keluarkan butter dan shortening.. sambil nak nunggu dia cair sket.. buatlah keje2 dapur.. aku kena cepat2 buat icing sebelum Amiera sampai.. 

Biasanya kalau hari Jumaat Amiera akan sampai awal.. tapi.. masih tak muncul2.. cepat2 aku gi ambil Arissa.. kebetulan Arissa tidur.. memang cantik sangat2.. letak Arissa dalam bilik.. pastu aku sambung keje memukul icing.. bila dah kembang.. cepat2 letakkan pewarna.. 

Misi mendeco.. 

Aku kebuntuan idea nak deco camno!! aku ni bukannya kreatip pun.. aduhaiiii... buka kabinet tengok apa menda yang boleh diguna pakai.. 

Peralatan mendeco pun terhad.. aduhaiii... hantam sajalah labu.. jam dah kul 6.30.. Arissa dah bangun.. bagi Arissa susu dulu.. aduiii.. kelam kabut aku nak deco.. tak siap2 lagi ni..

Tak lama pastu Amiera balik.. 

Buat macam biasa.. borak2 pastu suh dia jaga Arissa.. bagi alasan aku nak ngemas dapur.. nak panaskan lauk.. pastu buatkan milo ais peberet Amiera..

Cepat2 aku deco.. senget benget aku kejekan icing tu.. lantaklah asal ado! 

Tak lama kemudian en hubby pulak balik.. ahh sudah!.. nak kena sorok dari Fateh.. jangan bagi dia nampak.. kang kecoh pulaks.. layan Fateh suh dia main game dulu.. sambung balik deco.. dah nak habis.. aku tak tau apa dah jadi ngan deco aku.. hantam jerlah labu..

En hubby pun buat dono jerk.. macam takde apa2..  hehehhe..

Settle.. hasil deco yang ntah apa2.. huhuhu.. 

Bila kek dah ready atas meja.. suh en hubby pasang lagu selamat hari jadi.. 

Heheheh.. malu2 Amiera.. 

Alhamdulillah.. walaupun simple.. aku nak anak2 aku ingat sampai bila2.. mama dan papa tak pernah bezakan anak2..

Happy birthday sayang!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah