Skip to main content

Happy Anniversary to Me!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. tanggal 6 Sept 2014.. adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11 tahun..


Syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNya ke atas kami sekeluarga.. walaupun antara kami ada kekurangan dan kelebihan.. kadang2 ada juga tidak sependapat.. tapi dengan izinNya kami cuba memahami dan melengkapi antara satu sama lain.. lumrah dalam kehidupan berumahtangga.. bak kata lirik dalam lagu.. sedangkan lidah lagi tergigit.. cer tlg sambungkan!

Doaku.. semoga ikatan kami semakin utuh dan tabah dalam mengharungi arus kehidupan berumahtangga..

Tiada celebrate bagai.. lagipun Arissa masih tak sihat masa tu.. hanya ingatan sesama kami pun dah cukup..


 

Anyway.. to my dear hubby.. a simple poetry just for u my love.. cewah.. cewah.. feeling2 pulops!

Puisi Titipan Kasih

Sayangku..
Hadirmu penyuluh hidupku..
Tatkala kelam melamar hatiku.. 
Tatkala sepi dijendela kalbu.. 
Tatkala cinta memenjaraku..

Sayangku..
Kaulah imamku..
Yang sentiasa membimbingku..
Tatkala leka dalam titianku.. 
Tatkala hanyut dalam anganku..

Sayangku..
Maaf andai ku hiris hatimu..
Maaf andai ku cabar imanmu..
Maaf andai ku goda sabarmu..
Maaf andai ku duga cintamu..

Sayangku..
Terima kasih..
Kerna menyayangiku..
Kerna keihklasanmu..
Kerna pengorbananmu.. 
Terima kasih atas segalanya..

Sayangku..
Diulang tahun ikatan ini..
Tiada yg istimewa..
Hanya..
Titipan kasih buatmu.. 

Sayangku..
Doaku..
Harapanku..
Atas jalinan suci ini..
Moga diberkatiNya..
Moga dilindungiNya..
Moga kekal ke JannahNya..
Aminnn.. aminnn..
Ya rabbal alaminnn..


:: Salam Seindah Puisi ::
 ~ 06 Sept 2014 ~
Arina Melissa Idayu

Comments

Miz Eija said…
Happy anniversary sis... :)

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…