Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Vaksin Pneumococcal & Rotavirus

Assalamualaikum..

Isnin baru2 ni.. bawak Arissa ke klinik utk dapatkan vaksin pneumococcal dos pertama dan rotavirus dos kedua..

Sepatutnya masa awal usia dia masuk 4 bulan.. tapi sebab dia selesema, batuk dan demam tempohari yang menyebabkan pengambilan vaksin tertangguh..

Alhamdulillah.. lepas suntikan tu Arissa tak demam... risau gaks kalau dia demam kan..

Oh ya.. berat Arissa masa usia dia dalam 4 bulan 3 minggu ni.. 6.1kg.. oklah kot kan.. 

mucuk ma ni dah pandai pegang botol sendiri yo! 

suka sangatlah masukkan jari dalam mulut.. mucuk tau!

kelakar nengok muka Arissa time ni.. dah cam anak cino.. ngan headband yang dah serabai lepas kena cucuk dan telan vaksin... huhuhuhuh.. 

Aku menitikberatkan pengambilan vaksin optional ni start masa Fateh dulu.. sebab masa Amiera.. tak ada jadual optional suntikan dalam kad kelahiran dia.. cian Amiera.. tapi nasib baik alhamdulillah.. dah besar panjang pun.. membesar dengan sihatnya walaupun tidak dapat suntikan optional ni.. huhuhu..

Jadual imunisasi wajib

Jadual imunisasi tambahan.. pic credit to emasha.blogspot.com

Tapi once aku dah tau.. kenalah ambik utk Arissa pulaks walaupun tiada dalam jadual kad kelahiran Arissa..

Apa itu pnuemococcal?? alahai.. aku bab2 nak menorang ni lomah lah sket haa... korang google lah yerk.. secara ringkasnya.. aku copy paste dari laman web MyHealth..

Penyakit Pneumokokal

Apa itu jangkitan Pneumokokal?

Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.

Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?

Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot. Vaksin diberi mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin tersebut.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik).


Jangkitan Rotavirus

Apakah jangkitan Rotavirus?

Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.

Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.

Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu 'RotaRix' dan 'RotaTeg'. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.


Oh ya.. ada juga parents yang menolak suntikan imunisasi ni.. mereka ada sebab tersendiri.. ada yang melibatkan hukum hakam ni.. tu aku tak mau pertikaikan.. tu masing2 punya pendapat.. pada aku.. aku tahu sejarah keluarga aku.. sejarah kesihatan anak2 aku.. aku nak anak2 aku sihat.. aku bukannya dari golongan mewah yg boleh dapatkan rawatan homeopathi atau yang sewaktu dengannya sepanjang masa.. aku tak sanggup tengok anak2 aku masuk wad.. cucuk sana sini.. sebab sesuatu penyakit yang kita tahu ada vaksin disediakan..

Tepuk dada tanya poket masing2... ngeeeeeee... takdelah ikut korang lah weiiii...

Selamat berimunisasi utk kepentingan kesihatan anak2 tersayang...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah