Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lain yang dicari lain yang dibeli

Assalamualaikum..

Semalam kami balik rumah.. dapat aduan dari penyewa.. ada masalah sket kat rumah tu.. datang tengok jerk pun.. nak baiki tu taklah.. kena tunggu pakar datang repair..

Lepas tu ke Nilai 3.. plan asalnya nak cari tilam kekabu Arissa nak letak kat umah pengasuh.. tapi tak jumpa yang berkenan.. tak nak kecik sangat dan tak nak besar sangat... yg sedang2 aja... huhuhuhu... nan ado...

Cari punya cari.. last2 jumpa benda lain.. aku berminat nak beli sebab gambar2 kartun dan warna yg menarik.. lagipun kesian anak2 aku tido kat toto jerk.. ada bilik masing2 tapi tak mau tidur.. nak jugak tido ngan kami... kat toto lah jawabnya.. so, dapat tilam ni selesa lah sket diorang tido..

kedai tak berapa nak glamer.. kat mana?? aku tak tau.. uols carilah sendiri kat Nilai 3 tu.. nak spesifik tempat aku tak berapa sure.. selang beberapa kedai ada kedai jual aksesori kereta.. kedai ni ada jual karpet, tikar, bantal dan tilam kekabu, frame..

beberapa koleksi tilam kekabu yg diorang jual.. macam2 karakter kartun ada.. comel laks tu.. ni saiz single..

yg aku beli..  boboiboy utk Fateh.. upin ipin utk Amiera.. Hello Kitty utk Arissa..


Harga boleh dapat murah.. tapi kena pandai tawar menawar.. en hubby aku lah yg tawar.. aku ni tak reti sangat... dapat harga rm65 satu.. mungkin sebab beli banyak..

So, uols kalau berminat bleh lah gi kedai tu.. ada jugak kedai lain yg jual.. mungkin dapat lagi murah.. mana tau kan.. aku tak survey habis pun.. dah lewat sangat time tu..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah