Skip to main content

Cuti2 Malaysia ~ Primaland Resort & Convention Centre

Assalamualaikum..

Sabtu baru2 ni..

Sedang aku buat keje2 rumah.. anak2 buka external hard disk.. nak layan movie katanya.. pastu si kakak buka gambar dulu2 yg ada dalam simpanan.. aku pun join sekali.. buka video si kakak masa kecik.. last2 jumpa video kakak mandi manda kat Tiara Beach Resort (nama dulu2) kat PD.. tiba2.. Fateh nyampuk bgtau.. nak mandi kat sini Mama.. huhuhu.. nada sangat sedih hokay! pastu aku cakaplah Fateh dah mandi lah kat sini.. tapi.. masa tu umur dia setahun lebih.. terus aku tunjuk gambar dia masa mandi manda.. tapi dia still tak puas hati sebab mana nak ingat kann.. kesian ok!

Terus msg en hubby bgtau hasrat si Fateh.. discuss punya discuss.. cari bilik bagai.. alhamdulillah dapat... tq Ana aka kirana24.. last minute planning!! hambek.. kelam kabut aku uruskan rumah..

Kami check in agak lewat sket.. maklumlah kan..

ni muka puas hati ke muka ngantuk?

my precious..


Lepas check in.. sabdek dulu.. cari tmpt yg kami biasa pergi sblm2 ni..

kami suka makan kat sini coz nak menikmati angin laut.. pilihan makanan?? ada yg bergoreng.. ada nasi briyani.. ada nasi ayam..

Kat sini akan jadi kenangan buat Fateh.. kesian Fateh kena marah dengan Minah Salleh sebab dok pi jerkah kucing kat situ.. huhuhu.. mungkin Minah Salleh ni pun terkejut.. Fateh ni memang suka main ngan kucing.. tapi cara dia nak main tu agak kasar sket.. Fateh akan ikut kucing tu.. pastu dia sergah.. tapi kadang2 Fateh akan bagi makanan dia kat kucing tu.. sampai sanggup dia tak makan.. so sweet.. orang putih kan sayang pada binatang2 ni.. terus dia speaking London ngan Fateh.. Fateh diam terkedu.. macam kena marah ngan teacher laks.. pastu dia pi kat kami.. nampak perubahan pada raut wajah dia.. sib baik tak nanges! kalau tak mau juga aku speaking London balik ngan Minah Salleh tu! huhuhuhu...

Lepas makan kami pi jalan2 sat kat pantai.. cam menarik jerk.. sbb ada pulau kecik kat situ..

belakang tu lah pulau ceconet tu.. ada laluan kecil ke sana.. jap gi laluan tu akan hilanglah bila air laut naik semula..

amiera yang geli geleman kena pasir.. tak habis2 ngan ketam.. geli gamaknya ngan ketam kecik2 tu..

dah sampai.. cepat2 kami patah balik.. huhuhuhu...

 Lepas tu kami jalan2 kat pasar malam Batu 4.. nak cari apam balik Haji Jamaris yg diwar2kan oleh blogger.. komen aku.. rasa not bad.. cuma tekak aku lebih sedap dengan apam balik pakcik yg jual kat tepi jalan kg aku bakar baginda.. 

Balik bilik.. rehat2.. malam sambung aktiviti layan Fun Fair.. yeahh!! tmpt mengabehkan duit!!

kebanyakan mainan perlukan 2 token utk seorang.. satu token RM2.. yg menariknya di sini.. hadiah tak bleh blaa.. rantai emas beb!! sampai ke sudah memang susah nak dapat!! untung org yg buka fun fair ni..

Esoknya.. en hubby ngan anak2 aku mandi manda.. aku ngan Arissa duk dalam bilik jerk.. aku tak suka nak mandi manda ni.. kalau nak suh en hubby jaga Arissa risau laks aku.. Fateh tu karang.. ntah ke mana perginya.. baik aku gomol2 si kecik tu dlm bilik sambil aku ngemas nak check-out..

Lepas check-out kul 12.30 lebih.. kami singgah ke PD Ostrich ShowFarm.. nanti aku update story tu kemudian ya..

Lepas tu kami pi Teluk Kemang for lunch.. pastu makan aiskrim sambil tengok pemandangan kat situ.. jalan2 sekejap.. takde yg menarik sgt.. terus balik..

dpt makan aiskrim terus senyap si kakak..

mucuk aku ni.. geramnya... kelakar pulaks nengok gambar adik yg first.. 


~ The End ~

Comments

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…