Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hanis Fara Arissa ~ 8 Bulan

Assalamualaikum..

Lagi beberapa hari Arissa nak masuk 9 bulan.. aku barulah terkial2 nak update pasal Arissa di usia 8 bulan.. apa kes?? maleh lah weiii nak update.. nak tak nak kena update jugaks.. rugi ok.. setiap perkembangan Arissa tu perlu aku update di sini supaya aku akan ingat dan buat bacaan tika sunyi.. cecehceh.


Dalam usia 8 bulan ni.. Arissa dah boleh berdiri dengan mudah walaupun aku seriau nengok dia pegang kusyen or pengadang katil.. hhuhu.. takut dia terbalik terlentang.. aduiii.. berderau darah aku kalau dengar jeritan dia.. satu blok bleh dengar! masa umur 7 bulan cam takut2 lagi nak berdiri walaupun berjaya jugaks akhirnya cuma pegangan tangan dia masih tak kuat..

Dan yang comelnya Arissa pun dah pandai duduk.. merangkak sket.. pastu duduk.. pastu merangkak balik.. aku lah naik risau.. tak pasal2 tumbang.. memang kena standby belakang dia.. dia boleh relax jerk duduk.. aduiiii... ada masa nanti aku snap gambar dia sedang duduk..

Camnalah keadaan Arissa kat rumah pengasuh.. kat rumah pun aku dah warning kalau dia nak ke tempat yang tak dibenarkan... hepppppp!! pastu dia senyum dan patah balik.. bila aku senyum balik.. boleh dia patah balik tempat yang nak dituju.. susah sangat nak control.. walker lah jawabnya.. kalau ikut kepada kajian2.. walker ni sebenarnya tak membantu perkembangan bayi tu sendiri.. tapi nak buek camno.. mama sibuk sayang oiii.. mama takde maid.. ni lah tulang 4 kerat nak uruskan rumah.. kalau ada kakak Amiera senang sket hati.. tapi tak bleh nak harap 100% jugaks.. huhuhuhu... kakak pun tak larat nak ngadap Arissa doplohpatjam.. bila dah letih ke walker jugak tempat Arissa... huhuhuu..

Berat Arissa pada usia 8 bulan dah nak ke 9 bulan ni.. 7.3kg.. naik 400 gram jerk dari dulu.. oklah dari tak naik langsung..

Dari segi pemakanan pulaks.. aku dah cuba makanan seperti berikut:-

Bijirin :- oat -  oat kalau campur ngan puri labu Arissa bleh habis makan.. tapi tang oat tu.. bila aku rendam ngan air lemon dan tepung gandum.. pastu nak masak balik rasa cam tak confident jerk.. aku basuh oat tu.. so, lepas ni aku ingat nak tukar bahan rendaman oat tu kepada cuka epal.. baru ada confident nak masak terus oat tu..

Buah2an :- kiwi, blueberry, strawberry, jagung, kismis hitam, betik - hat masam2 dia tak suka, betik pun dia tak suka



Sayur2an :- bronkoli, kubis bunga - so far boleh diterima

Protein :- serbuk ikan bilis - selain stok ayam sebagai sumber protein aku campurkan juga serbuk ikan bilis dalam bubur Arissa.. so far dia telan jerk..

Produk tenusu :- cheddar cheese, unsalted butter dan yogurt - as usual yogurt masam kan.. sket jerlah dia telan.. cheese dan butter ok.. alhamdulillah takde alergik..


Lain2 makanan spt roti pun Arissa suka.. Arissa pun dah boleh makan makanan bergoreng tapi guna minyak POO utk menumis.. lain2 makanan aku belum cuba pasta.. memang plan nak try masalahnya haaiii.. malasnya nak pi beli.. esok2lah kalau aku rajin nak ke alamanda tu..


bila duk lama2 kat walker cenggini lah peel dia.. hehehe.. cian mucuk ma ni ya..

dah boleh duduk kat kerusi makan.. pap3.. tepuk meja makan.. ORDER PLEASE!!

Satu jerk masalahnya sekarang ni.. camna aku nak trim rambut Arissa yang dah merbu tu?? lebat nau.. pakai headband tak mau.. ikat apatah lagi.. satu apa pun tak mau duk atas kepala.. apa pun tak boleh.. geget kang!

Oklah.. lagi 3 minggu aku update pasal Arissa 9 bulan... kwang3.. nanti tak nampak perubahannya kalau update cepat sangat.. see ya!

Comments

syalinda johari said…
syoknyaa Arissa dah leh berdiri and duduk...
rasa nak gigit ja tgk muka comel Arissa..
hihihi.. kak iena, minyak POO tu minyak apa kak iena?
Faina Arisya said…
syalinda..

minyak POO tu pure olive oil.. nak guna olive oil pun boleh jugaks.. tapi jangan guna EVOO (extra virgin olive oil) utk menumis.. tak sesuai..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah