Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Persekolahan 2015

Assalamualaikum..

Semalam aku cuti.. nak bagi semangat kat Amiera utk memulakan persekolahan dalam Tahun 5.. cepat jerk masa berlalu..

Pagi2 aku kejutkan dia.. sib baik dia tak menanya aku keje ke tak? agaknya debar2 nak sekolah kot.. langsung lupa pasal mama dia.. kalau tak tu pantang jek nampak aku pakai baju rumah.. mulalah buat muka cam nak nanges.. tak mau sekolah laa.. itulah ini lah.. macam2 alasan dia..

Lepas en hubby hantar Amiera.. aku uruskan Fateh yg masih dilamun mimpi indah dan Arissa yang mmg suka lena time kitaorang dah bangun.. suka gamaknya tidur ngan bunyi bising..

Nak uruskan Fateh tu memang agak susah sket.. nak suh bangun mandi tu.. kena ada teknik nak suh dia sedar dari lena.. lepas mandi pulaks.. nak suh pakai uniform sekolah yg dia tak berkenan tu alahai.. susah!! sanggup keraskan kaki semata2 tak nak pakai seluar.. aduiii.. tapi akhirnya... ini mama ok! susah camna pun.. akhirnya kena akur juga dengan madam garang giler ni ya..

Bila dah lewat hantar Arissa.. biasanya aku akan mandikan dia.. kalau awal pagi tu taklah.. tak sampai hati sejuk2 nak mandikan.. uruskan Arissa ni pun satu hal.. masa nak ulit dia ngan minyak bagai.. senyap jerk.. relax jerk.. start nak pakai baju.. mulalah buat perangai.. berpusing2.. huhuhu..

Selesai urusan anak2.. dapatlah kami berdua2an.. selain cuti uruskan anak.. ada lagi beberapa agenda yg nak diselesaikan.. nanti aku story mory..

Tamat sesi hari pertama persekolahan.. tahun ni Amiera bertukar sekolah agama kafa.. so, nak pastikan urusan transport dan transit berjalan dengan lancar.. agak kalut sket tengahari tu.. dengan cuaca panas semalam.. pergh.. mencabar kesabaran sungguh! last aku decide tukar van dari sekolah ke sek agama.. suh sek agama yg datang ambik Amiera.. petang baru van lama gi ambik Amiera dan hantar ke rumah.. settle masalah.. alhamdulillah..

nak ambik gambar dia ni memang susah.. grrrr...

Tahun ni tahun yang agak mencabar utk kami..

Tahun ni Amiera akan menduduki exam Kafa UPKK.. risau ok sebagai mak.. harap2 aku boleh tolong dia menjelang peperiksaan.. 2 tahun kebelakangan ni aku tak larat coz pregnant dan uruskan Arissa..

Dan Fateh pulaks akan memasuki tahun 1 pada tahun hadapan.. sebelum nak melangkah ke alam persekolahan yg sebenar.. nak memastikan Fateh boleh membaca bagai bukan sesuatu yg mudah.. walaupun dah hantar ke tadika yg berprestasi tinggi pun belum pasti anak kita akan hebat.. itu kisah lain.. nak luah mati mak.. tak luah mati bapak.. uwaaaa... apa menda aku merepek ni!! stress ok!! bayar mahal2 tapi apa pun tak boleh!! nak buat aduan rakyat kang.. kena ada bukti2 kukuh sblm nak tulis fakta.. tulis tanpa bukti kang aku pulaks yg kena saman.. maklumlah bila dah ada nama.. duit banyak.. pantang ditegur sket.. nak nyaman jerk.. walhal pengurusan indah khabar dari rupa..

So, doaku harapanku.. semoga anak2 aku berjaya di dunia dan di akhirat.. menjadi anak yg soleh solehah.. buat bekalan akhirat ku.. aminn.. yarabbal alamin..

Comments

syalinda johari said…
kak iena, tahun ni anak kami darjah satu..sungguhhh penat...rasa nak tecabut kaki ulang alik hantar n amik..hahhaa..
pastu si kecik lagi..
cabaran buat kita ibu2 ni...huwaaaaa...
Faina Arisya said…
syalinda.. ooo.. airis dah sekolah ehhh.. mesti seronok tgk ragam diorang.. mmg penat uruskan anak2 tapi satu kepuasan bila kita laksanakan dgn jayanya.. gud luck!

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah