Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Resepi Ais Krim Jagung Simple

Assalamualaikum..

Actually aku tak de mood nak update blog.. nak bercerita panjang lebar.. so, update pasal makanan lah baru rasa ada mood sket..

Isnin lepas aku mc.. migrain menyerang.. nyut2 kepala.. lepas sarap telan ubat migrain.. dalam petang tu dah ok..

So.. bila dah ok.. perut pun lapaq.. bila tgk peti.. aduhh.. tinggal ayam sajork.. apo nak buek ni?? pening gaks memikirkan nak masak apa kan.. last2.. guna bahan yg sedia ada.. kita buat nasi arab ayam mandhi..


Malamnya.. buat aiskrim jagung.. pun simple jerk.. guna bahan apa yg terlintas kat otak aku ni.. ni resepi yg sukatannya agak2 jerk ya..

Resepi Ais Krim Jagung Simple

Bahan2:
1 cawan jagung
1/2 botol susu segar 450ml *boleh jugak guna susu sejat
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar ovalette
*boleh letak esen vanilla kalau suka

Cara2:
Kukus jagung. Blend halus lepas jagung sejuk.
Putar susu,gula,ovalette sampai kembang
Masukkan jagung kacau sebati
Tuang ke dalam acuan
Bekukan semalaman



 

~ Selamat Mencuba ~

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah