Skip to main content

Al-Fatihah ~ Prof Jamil KPMC pulang kerahmatullah

Assalamualaikum...

Semalam 3 khabar mengenai pulangnya hamba Allah kerahmatullah yg aku dengar..

Pertama sekali..

Terima msg dari pakcik aku mengenai tarikh pulangnya kerahmatullah ayahanda tercinta pada 38 tahun yang lalu yg tak pernah aku jumpa.. tapi tetap kekal abadi namanya dlm hidup aku.. seriusly memang aku tak tahu exactly tarikh arwah meninggal dunia.. apa punya anak.. huhuhuu.. tapi doa dan ingatan sentiasa kupanjatkan buat arwah..

Tak dapat aku bayangkan dugaan berat yang terpaksa mak aku tanggung ketika usia masih muda.. kehilangan suami tercinta..

Semoga roh arwah ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. aminnn...


Kedua..

Pakcik opismate juga kembali kerahmatullah.. khabarnya kena kanser darah.. takziah buat my prend, keluarga dan sahabat handai arwah.. semoga arwah tenang di sana bersama orang2 soleh..


Ketiga..

Berita yang amat terkejut bila aku terima.. sesuatu yang agak sukar diterima dek akal fikiran aku yang tak berapa nak cerdik ni.. terima info dari opismate.. aku google utk dapatkan info2 lain tapi nan ado!

Pakar O&G selaku CEO merangkap pemilik KPMC iaitu Prof. Jamil telah pulang kerahmatullah petang semalam akibat komplikasi buah pinggang..

bestnya.. satu keluarga bergelar dr.. pic credit to bharian.com.my

Serius memang aku terkejut.. sukar utk dipercayai sebab beliau seorang Dr.. ya aku akui.. dr bukannya Tuhan.. tapi sedikit sebanyak Dr agak cerewet dari segi pemakanan untuk menjaga kesihatan.. hmmm.. apapun ajal maut ketentuan dariNya.. walaupun sukar diterima tapi itulah hakikatnya..

Hampir 10 bulan yang lalu.. arwah lah yang czer aku untuk keluarkan Arissa.. arwahlah yang menetapkan aku di czer pada hari aku contraction kuat.. sakit nak mampos..

Aku respect dengan arwah sebab dia sangat menjaga adab sebagai dr lelaki Islam semasa melayan pesakit wanita.. dan arwah juga sangat pemurah.. sesiapa yang pernah consult dengan dia tahulah betapa pemurahnya dia.. kos setiap kali consult dengan arwah memang kurang dari rm50.. mana nak dapat kos semurah tu dengan mana2 pakar perbidanan yang lain.. apatah lagi kos keseluruhan czer aku yang sangat murah compare dengan mana2 hospital bersalin swasta yang lain..

Semoga dengan kebaikan, jasa dan sifat yang sangat mulia pada arwah.. Allah tempatkan beliau ditempat yang mulia disisiNya bersama2 para syuhada..


 Al-Fatihah..

pic credit to dienislam.files.wordpress.com

Comments

eima said…
sedih sgt ... baru dapat tahu ni sedih sgt
tsquare said…
Al-fatihah buat arwah.terkejut dengan berita ni.

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…