Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Biskut Hello Kitty ~ Percubaan Pertama

Assalamualaikum..

Addict sungguh aku ngan Hello Kitty ni...

Actually ada projek akan datang.. tapi sebelum nak buat betul2 kenalah try test and error.. kot2 tak jadi.. masuk tong sampah.. memang taklah aku nak buat lagi..

As usual.. google resepi.. jumpa beberapa resepi.. snap pics.. pastu bila aku google balik dah tak jumpa blognya... yg ada link dah tukar warna (means aku pernah klik sebelum ni) pun takde bila aku klik kali ke-2.. stress ok!! takkan nak klik satu2 page kot.. memang taklah aku nak klik..

Anyway.. kepada pemilik resepi tq sangat2 kongsi resepi.. walaupun bukannya 100% aku ikut.. tapi yg penting asasnya sama..

Resepinya uols carilah yer.. maleh lah aku nak taip2 ni..

Aku tunjuk gambar sambil cerita ceriti ya..

doh yang dah diperap dalam fridge selama 3 jam.. nipiskan doh kemudian terap dengan cookie cutter..

bahan doh => butter, tepung gandum, tepung jagung, esen vanilla, gula, telur

waktu membakar ni lah azabnya.. mini oven aku ni comel lote lah katakan.. agak mencabar sket masa ni sebab nak pastikan biskut masak garing tu bukannya senang.. kalau guna oven canggih manggih tu.. letak jerk pastu set masa 10-15 minit.. siap masak dengan cantik.. oven aku ni unik sket.. cer ko letak jerk pastu set masa spt oven canggih.. memang hitam legamlah hasilnya.. huhuhu.. haaa.. tulah beli oven tak mau... huhuhuu..

hasilnya tak mengecewakan.. cuma kalau biskut agak tebal.. biskut tak rapuh.. huhuhu.. nak kena pandai nipiskan betul2.. 

royal icing.. bahan cuma telur putih, lemon dan gula icing.. putar sehingga pekat

hasil deco yg agak kurang menjadi... keras sungguh tangan ku ini.. huhuhu..

Oklah itu sajork projek aku sepanjang hari ahad.. cian anak2 aku especially arissa.. mama tak banyak habiskan masa dengan dia.. huhuhuhu.. sorry yer sayang.. bukannya selalu pun..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah