Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..

design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 

pandangan dari depan..

Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??

Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang tak bertuah sungguh lahhh... pastu dapat sms suh upgrade ke 1200 sqft.. nak ke tak?? discuss punya discuss ngan en hubby.. last2 upgrade.. tawakal jerlah..

Mungkin permohonan 1200 sqft tak ramai.. tgk list kat bawah ni.. byk sungguh unit rumah utk 1200 sqft.. tu yang senang dapat kot... apapun semuanya ketentuan dariNya.. dah tertulis aku akan dapat kat apartment Pudina ni.. huhuhu...

JUMLAH UNIT (1,500 UNIT) :
  • 585 UNIT (1,000 KP)
  • 600 UNIT (1,200 KP)
  • 300 UNIT (1,500 KP)
  • 15 UNIT (OKU)
Tak taulah aku dapat rumah jenis yang mana satu utk 1200 sqft ni..

pelan lantai utk 1200 sqft Jenis B1.. pic credit to PPA1M

pelan lantai utk 1200 sqft jenis B2.. rumah tepi kot.. 

Untuk lain2 pelan lantai dan info yang lain bleh pi laman web PPA1M


p/s : Permohonan utk Fasa ke-2 dah buka ya.. blehlah sapa2 nak mohon..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah