Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Happy 11th Birthday Amiera!! ~ Kek Milo Kukus

Assalamualaikum..

Baru masuk opis hari ni.. Isnin aku cuti.. pengasuh Arissa balik kampung ada kenduri... Selasa ngan Rabu pun tak keje.. Arissa cirit birit since Ahad.. hari Selasa dah kurang sket.. Fateh pun demam panas sejak Ahad.. demam on off.. lepas 2 hari telan antibiotik.. baru kebah sket demamnya..

Arissa masih tak sihat.. lepas cirit dia ok.. batuk ngan selesema pulaks.. aduiiii.. batuk tu yang buat aku risau.. kesian tengok dia batuk.. hari ni terpaksa jugak hantar ke rumah pengasuh.. esok aku cuti lagi.. ada urusan lain...

Berbalik pada topik.. baru berkesempatan nak update kan..

Sabtu lepas 22 Ogos.. hari ulang tahun kelahiran Amiera yang ke-11 tahun.. cepat jerk masa berlalu.. dah bosar panjang anak dara aku.. dah boleh kahwin pun.. heheheheh.. ngamuk dia kalau aku cakap camni..

Doa dan harapan... malaslah nak taip.. cukuplah hati ini berbicara denganNya.. dan titipan doa buat anak2ku setiap kali aku sujud kepadaNya..

Dikesempatan tu.. aku buat kek utk dia.. nak beli rasa cam rugi.. sebab kami bukannya suka sangat makan kek.. resepi dah ada.. ambik kat fb.. bahan ada yang takde.. tapi boleh jerk.. resepi yg sangat senang.. tak yah nak guna mixer bagai..

Alhamdulillah.. jadi jugak kek tu walaupun tak cukup bahan..

Kek Milo kukus.. deco belasah jerk.. Amiera suka Amber katanya..

sampai melimpah2 ko toping.. nyum3..

happy birthday my dear!

Comments

syalinda johari said…
pandainya mama amiera buat kek...macam sedap tuuu..

happy belated birthday amiera..semoga jadi anak yang solehah ya..
aminnn

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah