Skip to main content

Arissa Keracunan Air ~ 1 tahun 6 bulan

Assalamualaikum..

Semalam aku cuti.. jaga Arissa.. semalam juga genap usia Arissa 1 tahun 6 bulan.. dugaan pada bulan ni.. Arissa muntah2 dan cirit birit yang berkemungkinan besar berpunca dari air yang kotor..

Sebelum nak cerita lebih lanjut tentang isu keracunan air.. nak cerita dulu tentang Arissa yang dah masuk usia setahun setengah ni..


Berat setakat ni 8.9kg.. rasanya dah muntah cirit ni confirm kurang balik berat badan dia.. dah boleh makan macam2 tapi kena kawal juga sebab Arissa ni alergik.. ekzema kan.. pantang salah makan sket... habis naik ruam kat sekeliling leher, bahu dan kepala..

Sangat aktif berlari sana sini.. aku yang naik risau takut tersadung kat mana2.. memanjat memang no. 1.. suka sangat panjat kerusi.. pastu duduk atas meja makan.. cari makanan.. bukannya nak makan sangat pun..

muka seronok bila dapat panjat sana sini..

Gigi setakat ni.. selain gigi arnab 4 batang tu.. adalah sket nampak keluar 2 batang.. aduhaiii.. lambat sungguh nak tumbuh semua..

Pandai cakap 'nak'.. 'cik' utk nasi.. 'di' untuk mandi.. 'tatak' utk kakak.. 'ma','mama' utk aku.. 'pa' bila dia nak panggil sapa2 jerk..

Pandai menari.. pantang dengar muzik.. mesti hentak2 kaki.. pastu senget2 badan.. pusing2..

Suka nyanyi ntah apa2 irama.. mungkin dia nyanyi kat rumah pengasuh.. bila aku nyanyikan lagu abc dan lain2.. ada jugak dia ikut lagu tu dalam dialek dia sendiri.. huhuhu..

Suka sangat menyelongkar almari.. kabinet dapur.. letih aku ngemas.. grrrr..

Dah pandai melawan ok.. bertuahnya anak!.. ntah sapa yang ajar.. dah pandai mencebik ok kalau aku kuatkan suara tanda marah..

Pastu kalau orang buat dia nanges.. bila aku tanya dia.. 'sapa buat?'.. terus dia nak babab orang yg buat dia nanges.. dengan gaya angkat tangan utk memukul dan suara 'haaa'...


Ok.. berbalik pada kisah keracunan air..

Kisahnya.. kelmarin.. hari rabu.. aku ada kursus EKSA kat Muzium Alam Semula Jadi.. awal pagi tu memang aku mandikan siap2 Arissa kat rumah sebab aku keluar lewat.. tak punch kat opis kan.. bolehlah mintak tolong en hubby hantar ke Muzium yang tak jauh dari rumah..


  
team work.. dah macam team building pun ado..

bergambar sebelum balik.. aku hat hujung.. mata asyik ke hp sebab hp aku hang..

Bila dah kursus.. memang tak hadap sangat dengan hp.. kalau on data pun masa tengah rehat.. tup2 dah nak pukul 4 aku dapat panggilan dari pengasuh Arissa.. aku memang takut sangat nak jawab bila pengasuh call.. hati dah debar2 nak dengar apa yang pengasuh bagitahu.. pengasuh suruh check whatsApp.. pulaks.. bateri aku dah nyawa2 ikan.. Allah.. cepat2 aku cari power bank utk caj.. tak sempat aku nak whatsApp.. hp aku buat perangai.. aduhai.. hang lah pulaks.. time2 ni buat hal ngan aku.. pengasuh call lagi.. aku tak boleh nak jawab.. kaku jerk skrin hp.. grrr.. bila aku nak restart hp.. macam ok tak ok.. kali ke-4 call baru aku dapat angkat.. pengasuh cerita... Arissa muntah2 banyak kali dan dia lemah.. aku dah fikir macam2.. hati dah tak aman.. tak tenteram.. cepat2 aku balas.. ok2.. aku balik..

muka lemah.. nak bangun pun tak larat..

sedutan video yang aku snap.. habis muntah.. anak pengasuh yang rakam video ni..

Aku tak dapat nak call husband.. hp aku mati.. uwaaaaaaaaaa... stress ok!.. pinjam hp kawan utk call husband.. tak nak angkat lah pulak.. second time call baru en hubby angkat.. cepat2 aku suruh en hubby balik..

Nasib baiklah kursus dah habis masa tu.. lega.. mintak tolong member hantar aku balik.. kesian member kena makan cepat2 juadah minum petang.. aku langsung tak hadap juadah tu.. kepala cuma ingat nak balik.. nak bawak Arissa ke klinik..

Sampai rumah pengasuh.. dalam pukul 4 lebih.. Arissa memang nampak lemah.. senyum pun tak.. Arissa start muntah dari pukul 3 petang.. cepat2 aku bawa dia ke klinik berhampiran.. nasib baik klinik belum tutup.. rasanya aku orang terakhir yang datang.. Jumpa dr.. dari pemerhatian Arissa masih stabil.. aku kena pantau keadaan dia.. kalau masih muntah2 dan semakin lemah.. dr suggest aku bawak ke hospital.. lepas dr check.. tetiba Arissa macam mual.. terus dia muntah.. muntah kuning!! aku tadah ngan tangan masa Arissa muntah.. supaya dr nampak warna muntah tu.. dr pun nampak risau.. dr bagi ubat tahan muntah dan ORS (Oral Rehydration Salts)..

Balik rumah.. aku bagi ubat tahan muntah.. sib baik Arissa senang makan ubat.. cuma air garam jerk dia tak mau..  tak sampai 10 minit Arissa muntah lagi beberapa kali.. pastu dia tidur jerk.. lemah.. hati dah tak sedap.. nak tunggu ke malam takut melarat..

So, bila en hubby dah sampai.. kami bawak di ke klinik panel.. masa on the way tu Arissa muntah lagi.. muntah kuning.. banyak.. risau beb!!

Bila dah sampai klinik.. Arissa bangun dan dia cakap 'nak'.. maknanya dia nak susu.. cepat2 buatkan susu utk dia.. sampai 2 botol dia minum.. haus sangat lah tu.. memandangkan Arissa nak minum dan tak muntah masa buat rawatan tu.. dr suruh continue ubat yang dibekalkan sebelum ni..

Balik rumah Arissa cirit dan muntah.. lega bila nampak Arissa bertenaga semula..

Aku dapat tahu bukan Arissa sorang jerk yang kena.. lepas aku ambik Arissa.. ada lah dua tiga orang yang muntah jugak.. dan ada yang dah cirit sebelum ni..

Pengasuh ceritakan yg mana pada hari tu dia tak menggunakan air bertapis seperti selalu.. stok air bertapis dah habis.. dia hanya masak air paip biasa untuk buat air panas.. dan dirumuskan anak2 di situ mungkin muntah dan cirit disebabkan kekotoran air di blok kami..

Memang diakui.. dalam masa sebulan dua ni.. memang air rumah kotor.. bukan sahaja kotor malah terdapat cacing halus yang keluar.. geli ok.. aduan telah dibuat.. keje2 cuci tangki pun dah dibuat.. tapi air masih kotor dan ada cacing.. jalan penyelesaian sedang dibuat oleh pihak BPH, Syabas dan kontraktor.. harap2 dapat diselesaikan dengan kadar segera..

cacing halus2 warna merah..

So, hari ni aku bekalkan air panas satu termos dan air suam satu tupperware utk Arissa.. boleh juga di guna utk anak2 lain.. tak sanggup nak hadapi risiko air tercemar ni lagi..

Semoga Arissa dan anak2 lain cepat sembuh..

Comments

Popular posts from this blog

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…