Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Exam UPKK ~ Last Day ~ Adab (Akhlak Islamiyah)

Assalamualaikum...

Sebelum aku nak cerita pasal exam hari ni.. masa exam Sirah dan Jawi Khat hari Selasa lepas.. balik rumah Amiera terus bagitahu aku yang exam Sirah senang.. muka happy jerk aku nengok.. exam Jawi Khat bolehlah katanya.. sempat lagi Amiera salin soalan Sirah kat atas tisu semata2 nak tunjuk kat aku.. alhamdulillah.. memang soalan dia senang..  cuma adalah beberapa soalan tu Amiera silap jawab.. takpelah.. walaupun soalan tu senang.. tapi kita tak tahu.. tukang periksa kertas jawapan macam2 orang.. kena masa mood dia tak elok.. naya jerk.. harap2 Amiera dapat cemerlang dalam Sirah.. aminnn..

soalan Sirah Bahagian A

Hari ni merupakan hari terakhir exam UPKK bagi tahun 2015.. alhamdulillah.. pasni nak kena ngajar Amiera utk exam sekolah kebangsaan pulaks.. examnya minggu depan.. bila kita ngajar sendiri ni baru rasa puas hati.. sekurang2nya kita tahu tahap kemampuan anak2 kita..

Subjek Adab atau dikenali juga Akhlak Islamiyah terbahagi kepada dua kertas.. kertas I (1 1/2 jam - 50 markah) mengandungi soalan berbentuk objektif dan subjektif.. manakala kertas II (1 jam - 50 markah) terdiri daripada soalan berbentuk subjektif sahaja.. kertas II ni yang agak susah sikit.. 2 soalan yang pertama akan diberi teks / cerita pendek.. tapi 3 soalan seterusnya adalah tanpa teks.. anak2 kena banyak menghafal kalau malas nak berfikir.. tapi kalau malas jugak nak menghafal.. faham2 jerlah.. jenis Amiera.. half2.. ada masa dia nak hafal.. ada masa dia malas.. so, kaedah aku nak bagi dia mudah ingat dan faham.. aku suruh dia bayangkan situasi berdasarkan adab tersebut.. sambil tu aku akan bercerita dan menggayakan adab yang perlu dilakukan..

So far.. seharian aku ngajar Amiera buat ulangkaji semalam.. kertas I memang takde masalah sangat.. tang kertas II tu yang buat aku risau.. harap2 Amiera boleh ingat apa yang aku ajar.. dalam buku Nota Padat tu banyak sangat tentang Adab.. Adab melayan tetamu, adab menghidang, adab dengan jiran, adab menghadiri keramaian, adab berjalan, adab menziarahi rakan, adab menziarahi pesakit, adab menziarahi kematian, adab bermain, adab bermesyuarat, adab berhujah, adab dengan pemimpin.. adab ni pulaks.. ada yang sebelum, semasa dan selepas.. kena juga tahu manfaat / faedah / kelebihan beradap.. dan akibat tidak beradap.. perghhh.. memang banyak yang nak kena hafal..

Kesimpulannya.. anak2 kalau nak ambik subjek agama ni.. memang kena rajin dari segi membaca, menghafal, memahami dan menaakul.. InsyaAllah cemerlang dunia akhirat..

Oklah.. semoga petang nanti Amiera dapat menjawab soalan Adab dengan mudah dan tenang, diterangkan hati, ditajamkan minda dan diberi ketetapan hati untuk memilih jawapan yang tepat.. InsyaAllah.. aminnn..

Lain2 N3 UPKK :
persediaan-peperiksaan-upkk-2015
exam-upkk-day1-day2-b.Arab-dan-ulum-syariah 
exam-upkk-day-3-sirah-dan-jawi-khat, 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah