Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Jadual UPKK 2015 ~ UPKK Tangguh lagi??

Assalamualaikum...

Sepatutnya peperiksaan UPKK dijalankan dalam minggu ni..

ni jadual peperiksaan..

Tapi disebabkan jerebu melanda negara kita.. sekolah terpaksa ditutup 2 hari iaitu Isnin dan Selasa.. dan UPKK terpaksa ditangguhkan.. aduhaiiiii... 

So, exam hari Isnin (Ulum Syariah) dan hari Selasa (Sirah dan Jawi Khat) ditangguhkan ke hari Isnin dan Selasa minggu depan.. tang ni aku frust sket sebab dah pulun ngajar Amiera utk subjek Ulum Syariah dan Jawi Khat.. ingat boleh rehat... huhuuhuu... tapi mungkin ada hikmahnya.. kan Amiera kena demam denggi.. hopefully pasni ada masa lagi utk buat ulangkaji..

 

Semalam pulun pulaks suruh Amiera baca dan jawab soalan Adab.. Amiera pun konon dah semangat ni nak menjawab.. pagi tadi siaplah aku masak bekal utk dia sebab pagi2 ni dia kena pergi ke sekolah agama utk buat ulangkaji sebelum exam petangnya..

Tup2 pagi tadi member opis bagitahu yang subjek Adab pun kena tangguh sebab jerebu di Langkawi.. aduhaiiiii.. tangguh lagi... member pun baru tau lepas baca berita online Awani..

Malam semalam aku tak check pulaks fb.. ingatkan takde apa2 berita.. berita tv pun aku tak tengok sebab aku tak nak Amiera ralit dengan tv..

Dan cepat2 aku buka fb.. tgk fb PIBG sekolah Amiera... hmmmm.. dari semalam diorang dah update pasal penangguhan.. huhuhuhu... aduhaiiii...

dari laman web JAKIM..

Cepat2 aku call ustazah Amiera.. dia pun tak pasti.. bila ustazah dah tau.. nak hantar Amiera ke sekolah rendah.. dahlah lewat.. pastu buku apa pun tak bawak.. bih camno?? duduklah Amiera kat sekolah agama sampai petang... ngeh3.. mesti dia bosan..

Harap2 exam utk esok Bahasa Arab ditangguhkan jugaks.. hahahhahaha.. memang aku tak sempat nak ngajar Amiera.. lagipun nak ngajar beria2 pun no point.. aku bukannya faham.. sadisnya laaa..

Apa pun redha jerlah..

Update : Jadual Terkini UPKK 2015


Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah