Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Mossy Forest Gunung Brinchang Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Cerita dah basi baru nak update... huhuhuhu.. itupun kebetulan ingat.. ini hari kalu.. sket ada rajin..  .. hehehe.. ehh.. tetiba laks.. macamlah reader aku ni bangsa lain.. sorry yerk..

Sehari selepas hari raya Haji baru2 ni.. kami ke Cameron Highlands.. saja family husband nak kumpul ramai2..

Kalau ke Cameron ni tak sah kalau tak shopping sayur2an.. buah2an.. kannnn.. dah memang rutin tiap2 tahun kalau balik Ipoh.. ada masa terluang kami akan naik ke Cameron.. tapi biasanya kami balik hari aja..

Kali ni kami lepak semalam kat homestay.. tak ingatlah nama homestay tu..


nampak kecik tapi besar rumah ni..  

kenangan sebelum check-out 

mucuk aku ni memang susah sangat nak pakai topi.. rimas gamaknya.. kita dok risaukan dia sebab sejuk.. kan dah selesema..

Esoknya kami plan nak ke ladang teh Sg Palas dan ke Mossy Forest.. perjalanan ke mossy dulu.. sangat menakutkan dengan keadaan jalan yang tak diselenggara.. tak aman duduk dalam kereta takut tak lepas naik ke atas.. huhuhuuhu..

Akhirnya selamat sampai.. pergh.. sejuk giler bila dah sampai atas.. kabus agak tebal petang tu.. masuk jerk ke Mossy Forest lagi sejuk.. aduihaaiii...

papan tanda dah hilang daaa..

pengembaraan bermula.. tak semua yg naik ke atas.. orang dewasa cuma aku, en hubby dan adik ipar.. yg lain anak2 sedara yang sangat excited termasuk Amiera yang demam denggi tu... huhuhuuhu.. Arissa yang sedang lena mintak MIL aku yang jaga kan..

pemandangan yang sangat cantik dan sejuk... tengok apa atas kepala Fateh tu.. hahahahha.. tergelak aku dibuatnya dengan perangai Fateh.. merajuk ngan aku.. tak nak mandi.. tak nak makan strawberi sebab aku beli topi yang tak ganas!!! dia compare ngan topi sepupu2 lelaki yg lain.. kepala rimau..  aduhaiii.. sayang.. nak ganas macam mana lagi.. kang beli yang sama takut berebut.. mama ajak ikut gi pasar malam Brinchang tak mau.. aku beli yang comey2 jerlah... hahahahahahahaha..

menakutkan pun ada.. 

sehati sejiwa tak?? sila jangan muntah ok!


tapi aku dah biasa tengok ala2 macam ni sebab aku kan budak ulu kampung... bezanya pokok tu berlumut dan ada kabus yg tebal.. sangat nyaman.. sangat sesuai utk photoshoot atau penggambaran cerita2 seram.. ada bran?? hahahhaha...  

So uols kalau plan nak naik ke Cameron Highlands tu dan berminat dengan adventure macam ni.. blehlah naik ke Gunung Brincang.. kalau minat jungle tracking boleh pergi sampai ke kemuncak.. kami sekerat jalan jerk sajer nak tengok pemandangan dalam Mossy Forest..

 Rasanya pasni tak nak naik dah.. ngeri nak naik tu jerk sebab jalan dia agak sempit.. kalau bertembung dengan kereta lain.. jenuh.. kena pandai kawal kereta..

Lepas tu turun.. ingat nak singgah ladang teh Sg. Palas.. al malangnya dah tutup... tutup pukul 4.30 ptg.. takde rezeki nak ke sana.. InsyaAllah kalau kami balik Ipoh nanti.. kalau ada rezeki nak naik lagi ke Cameron.. memang nak singgah beberapa tempat yang belum kami sampai..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah