Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cuti-Cuti Malaysia ~ Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Langkawi ~ Day 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. percutian yang dibatalkan pada bulan Ogos yg lalu.. akhirnya dapat juga ditunaikan awal bulan baru2 ni..

Kami bertolak dari Ipoh dalam pukul 9.30.. biasalah.. kalau stay umah MIL ni.. memang lambatlah budak2 nak bangun.. nak bersiap bagai.. kalau tak mulut ni membebel tak bergeraklah diorang ni.. pastu nak singgah kedai makan untuk sarapan lagi.. nak singgah beli kudap2 lagi.. tu yang jadi lambat..

Perjalanan memakan masa hampir 3 jam ke utara.. asalnya nak naik feri dari Kuala Perlis.. tapi memandangkan dah lewat.. so, kami decide naik dari jeti Kuala Kedah.. lagipun tak pernah lagi naik dari Kuala Kedah..

Sampai jerk kawasan jeti.. pasti ada runner yang tanya nak parking kereta ke mana.. so, parking berbumbung laa.. mahal beb!! sehari diorang caj rm20.. grrrr.. risau parking kat luar sebab takut banjir..

Sementara menunggu en hubby.. aku check tiket feri.. mak aiiii.. ramainya orang.. tiket pukul 1 hingga pukul 3 dah sold-out.. aduhhhh.. camno.. terpaksa lah beli tiket pukul 3.30.. kematu lah punggung menunggu kat ruang legar..

habis bosan Arissa ngan Fateh.. lari sana sini.. kakak jerk yang setia sebelah Mama..

Bila diumumkan ketibaan feri pukul 3.. kami dimaklumkan juga.. feri utk tiket pukul 3.30 dah sampai.. waaahhh.. lega..

feri bergerak pukul 3.30..

Kami dapat sit tingkat bawah.. aduhaiii.. tak nampak laut.. bosan siot.. dahlah sejuk nak mampos.. aircond kuat giler.. nasib baik diorang pasang citer Polis Evo.. layanlah.. dah nak habis movie.. tengah baik punya action.. dah sampai ke jeti Langkawi.. movie stop.. hahahhaha.. semua orang bising sebab citer tengah best...

Jam dah menunjukkan pukul 5 lebih.. keluar jerk dari feri.. pasti ada orang bertanya tentang kereta sewa.. mmg plan asal nak cari kereta sewa bila sampai Langkawi.. tapi tak sangka pulak ramai orang time kami pergi tu.. so, kereta banyak yg dah habis dan harga diorang markup.. grrrr..

Paling murah ikut bajet kami.. ada kereta Wira.. proses menunggu kereta tu sampai hampir sejam.. sampai jerk kereta.. aku terus hangen.. kereta dah macam nak terbarai korang bagi kami.. hello.. aku bayar mahal gaks kot.. agak2 aa nak sewakan kereta.. terus kami minta refund duit..

Memandangkan hari pun dah lewat.. dah nak pukul 7 malam.. so, aku malas nak argue ngan pemilik kereta sewa yang lain.. naik teksi ke RPP.. caj rm30.. then pakcik teksi tu tunjuk kat kami kedai kereta sewa yang berdekatan dengan RPP..

Lepas check-in.. dpt bilik kat blok Selang.. RPP adalah Federal Villa ya bukannya Holiday Villa.. bloknya di belakang sedikit.. oh ya.. untuk info Holiday Villa akan mintak depost rm100 ya.. kami rehat sekejap.. bersihkan diri.. pastu keluar balik utk dinner dan booking kereta utk aktiviti esok..


Kedai kereta sewa tu tak jauh dari RPP.. jalan kaki tak sampai 3 minit.. 12 jam (9 pagi - 9 malam) diorang caj RM80 utk kereta Viva.. memang agak mahal tapi takdelah terbarai macam kereta Wira tu.. lagipun 12 jam tu kira ok dah.. nak kuar lewat malam pun nak gi mana kan..

Lepas kenyang kami patah balik.. jalan2 sekejap di sekitar Holiday Villa..

seronok yer main chess besaq!

Bersambung next n3 utk hari seterusnya.. see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah