Skip to main content

Konvo Tadika Yang Sungguh Mengecewakan!!

Assalamualaikum..

Wahhh.. tajuk kemain.. marah nampak!! tak puas hati nampak!! memang aku tak puas hati.. kami bayar kot!!

Dah hampir sebulan konvo Fateh diadakan.. baru sempat nak update.. bz bebenor..

Fateh bad mood.. mmg dia tak nak pergi konvo katanya.. cikgu marah sebab salah nyanyi lagu persembahan.. aduhaiii.. cikgu ni pun satu.. bukannya microphone setiap sorang.. lantak pi lah salah pun.. yg penting ajar tarian betul2..

dah besar anak aku.. nasib baik Fateh ok masa terima sijil.. so, dah datang mood nak buat persembahan..

Sorry the morry.. aku terpaksa luah dalam blog coz ini fakta.. aku dah ada pengalaman dengan tadika yang biasa2 sahaja semasa zaman Amiera.. tapi sekurang2nya kami happy dan sangat enjoy dengan konvo Amiera.. leh klik di sini..

Sepatutnya satu tadika yang popular.. iklan gah di mana2.. dah lama bertapak.. sepatutnya konvo yang dihadiri oleh kanak2 pada tahun terakhir dapat memberi kesan yang mendalam kepada anak2 tersebut.. tapi malangnya.. sungguh mengecewakan.. dahlah buat persembahan cuma sekali seumur hidup dalam dunia tadika..

Apa yang aku tak puas hati.. meh aku senaraikan..

1. Bayaran untuk gambar konvo - rm55.. hanya 1 keping A4 gambar solo dan 1 keping 5R gambar ramai2.. berbaloi ke dengan harga rm55? frame satu pun takde..

fail konvo ni dapat masa majlis Ihtifal.. beberapa hari selepas konvo.. tapi Fateh tak attend.. nak buat majlis apa laginya.. konvo kan dah ada.. majlis tu pun berpotluck bagai.. so, dapatlah pada hari keesokannya bila Fateh gi school.. ingatkan gambar personal Fateh berpakaian konvo ada dalam fail ni.. sob3..

2. Bayaran untuk parents yang nak hadir konvo.. 1 seat rm60.. ko bayangkan.. kami bertiga jer dah rm180.00.. bukannya dapat seat depan2.. nun kat atas jugak.. cekik darah apa hal.. setakat dapat sekotak Marrybrown.. berapa hengget jerk kot!  baik aku tengok konsert penyanyi popular.. lagi puas hati..

3. Persembahan anak2 dari semua cawangan Putrajaya dan Bandar Tasik Permaisuri.. yang paling teruk dari tadika Fateh.. dahlah lagu sama dengan cawangan lain.. kostum langsung tak ada.. harap pakai baju sport.. dari sukan sampailah ke konvo.. itulah baju diorang.. cawangan lain pulaks aku tengok kebanyakan pakai baju seragam sekolah.. ada satu team tu pakai baju askar.. mana specialnya konvo??

dah macam nak buat senamrobik jerk aku tengok.. gambar pun tak berapa clear nak snap..

4. Topi konvo - kenapa budak2 kena pakai songkok?? sendirian berhad pulaks tu.. cikgu2 cuma tampal riben jerk.. apa kes.. budak2 pompuan pakai jerlah tudung seragam sekolah tu.. kot yer pun nak Islamic sangat.. kenapa tak pakai jerk jubah masa buat persembahan.. kenapa tak suh budak2 nyanyi lagu2 berunsur ketuhanan dalam bahasa Inggeris.. aduhaiii.. aku tak faham laaa.. kenapa nak sangat berbajet dgn urusan konvo anak2 kami sedangkan kami bayar kot seat tu.. tak payahlah nak sewa tempat yg mahal2 nak buat konvo.. buat kat dewan pun dah cukup.. yang penting anak2 gembira dapat pakai kostum cantik2 dan ada topi konvo..

gambar ni aku ambik dari fb CIC

5. Baju konvo - ingatkan lepas konvo dapatlah bergambar ngan anak2 dengan pakaian konvo.. harem.. baju konvo diorang dah ambik sebab utk next student terima sijil.. ntah apa2.. habis macam mana parents nak mengabadikan gambar kenangan dengan anak2 berpakaian konvo.. nak mintak pinjam baju utk ambik gambar ngan anak2 lepas habis majlis?? dah pukul berapa kot.. memang tak lah..

gambar ni aku ambik dari fb CIC.. pun kabur..

6. Buku Aturcara... aduhai.. the worst!! setakat sehelai kertas A4 yg dah diedarkan sblm tarikh konvo.. mana penghargaan kepada parents yang selama ni bayar mahal nak mampos tiap2 bulan.. masa nak daftar tu.. hanya dapat seuncang gula2 yang ntah berapa ketul dalam dia.. buku aturcara nan ado yang cantik2.. awat malas sangat nak buat.. susah ke?? kami bayar kot utk attend konvo ni!!!

takde kualiti langsung..

So.. korang nilai lah sendiri.. patut ke?? berbaloi ke??

harapkan mascot ni jerlah buat Fateh senyum..

Maaflah yer.. itu pendapat peribadi aku.. harap pihak yang sepatutnya mengambil komen2 aku ni sebagai iktibar supaya customer tak hilang.. uols berbizness.. so, customer is always right.. sebab kami bayar perkhidmatan anda..

Tapi terus terang aku cakap.. memang black list dalam senarai tadika utk hantar anak2 aku yang lain selepas ini..

Comments

Faina Arisya said…
Puteri Satu said...

tak sangka plak akak..sebab CIC nama gah.... anak akak Naufal this year hantar Genius Aulad.. tak tahu lah camana... harap puashati... fateh dah bujang amera dah anak dara... si kecik tu pun dah besar.. sedar tak sedar je kan...


Kak Puteri..

tulah.. patutnya majlis mestilah lebih gah dari yg lain.. huhuhuhu...

Popular posts from this blog

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…