Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Masak Memasak ~ Resepi Mudah Nasi Kuning + Rendang Ayam Limau Purut

Assalamualaikum..

N3 pertama agenda masak memasak untuk tahun 2016..

Sebenarnya kes malas nak masak banyak menu.. ni yang paling senang..

Ok.. mula2 resepi nasi kuning.. semudah ABC..

Bahan2:
3-4 pot beras (basuh dan tos)
1-3 ulas bawang merah *,
2 ulas bawang putih *,
1/2 inci halia  *
Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
Sehelai daun pandan disimpul
1-2 sudu besar minyak sapi
Serbuk kunyit agak2 jerk
Secubit garam
Air secukupnya

* dihiris nipis

Cara2:
1. Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan.
2. Masukkan bahan hirisan.. tumis sehingga naik bau
3. Masukkan beras dan air. Kacau rata.
4. Masukkan serbuk kunyit dan garam. Kacau rata.
5. Tanak sehingga masak. Bau dia macam nasi ayam.. hehehhe..

Masa hidang nasi ni.. Amiera kata ni pulut.. hhuhuhuhu..

Resepi Rendang Ayam Limau Purut

Actually resepi rendang ayam tu macam biasa jerk.. cuma aku tambah limau purut untuk  mengharumkan bau dia..

Bahan2:
6-8 ketul daging ayam (diperap dengan kunyit)
3-4 batang serai (hiris kasar) *
1/2 inci halia  (belah 2) *
3-4 ulas bawang besar *
3 ulas bawang putih *
Cili api (jika nak pedas.. tapi aku tak letak) *
Cili kering yg di blend dalam 2-3 sudu besar
3/4 santan kotak yg kecil
2 sudu besar kerisik 
Sedikit air
Sedikit asam jawa
Garam
Gula

Minyak secukupnya
2 tangkai daun limau purut.. buang uratnya
Sedikit daun kunyit dihiris halus

* dikisar halus

Cara2:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
2. Masukkan cili kering.. tumis sehingga naik minyak
3. Masukkan ayam dan daun limau purut.. masak sehingga air ayam kering
4. Masukkan santan dan sedikit air.. gaul rata
5. Masukkan asam jawa, garam dan gula.. rasakan
6. Bila kuah hampir kering masukkan kerisik dan daun kunyit.. gaul rata.. siap!

gambar tak berapa nak clear..

Menu tak lengkap tanpa sambal tumis.. so, masaklah sket sambal tumis bilis sebagai pelengkap..


Alhamdulillah kenyang.. menu di hujung2 bulan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah