Skip to main content

Kisah Cuti Tahun Baru Cina : Padang Besar & Cameron Highlands & Nasi Bamboo Sungai Klah

Assalamulaikum..

Citer dah lama baru nak update.. huhu.. hp aku problem.. uwaa... so, kenangan cuti2 tak dapat diabadikan guna hp aku.. harap tab anak aku jerk..

Tujuan utama ke Perlis nak tengok pengantin baru.. sambil tu bleh makan angin gaks.. dah lama tak ke Padang Besar.. 

Ni jerlah kenangan yang sempat aku abadikan sebelum hp aku ko!

merpati dua sejoli ni tomei sangat.. hai Epul.. hi Suria.. congrate yer!! tahniah jugak Syalinda.. dapat adik ipaq.. tak sempat nak bergambar ngan mak buyung aritu.. anyway thanks yer atas undangan..

Memandangkan rumah pengantin tak jauh dari Wang Kelian.. saja gatal ajak en suami ke sana.. tapi takde apa yang best pun... huhuhuhu.. perjalanan diteruskan ke Padang Besar.. pergh.. ramai siot orang.. maklumlah cuti sekolah kan.. takde gambar kenangan di sini.. 

Sampai semula ke Ipoh dah nak pukul 12 tengah malam... hahahhaha.. yerlah mana tidaknya.. kami gerak balik dari Padang Besar dalam pukul 7.00 kalau tak silap.. pastu berhenti rehat.. makan2.. solat..

Keesokannya pulaks.. tahun baru cina.. perjalanan diteruskan lagi ke Cameron Highland.. maklumlah dah booking RPP.. kami gerak pun dah nak dekat kul 12 kalau tak silap.. ikut jalan Simpang Pulai.. dari bawah memang tak jem.. tapi bila nak masuk ke Brinchang.. siksa.. sampai ke RPP dah pukul 4.. dengan tak lunch lagi.. sib baik kaunter RPP masih dibuka.. kalau aku sampai lepas pukul 5.. memang diorang akan tutup.. tak merasalah duk RPP.. sib baik Allah permudahkan..

 
  
selesa lah utk kami anak beranak.. tapi sojuk wei malam2..

Lepas check in.. kami singgah makan dulu kat Tanah Rata.. pastu konon nak ke Big Strawberry Farm.. sekali kau jalan jem nak mampos.. terpaksa patah balik.. hari pun dah nak maghrib.. malam jerlah ke pasar malam Brinchang..

 
Sebelum tu singgah dulu ladang strawberry di sebelah RPP.. nak makan aiskrim dan strawberry.. nyum2..

Esoknya kami plan nak breakfast kat ladang teh Sg Palas.. tapi check out pun dah kul 10 lebih.. huh! memang susahlah nak ke sana.. masa nak ke Brinchang tu kami nampak signboard Big Strawberry Farm.. belakang pasar malam Brinchang jerk.. huhuhuhu.. terus ke sana.. breakfast ke sana jerlah.. 

Ni first time kami ke Big Strawberry Farm.. walhal dah selalu kami ke Cameron.. boleh tak perasan tempat ni.. huhuhu.. menarik jugak tempat ni.. macam2 ado..





alolo amoiii...

nyum3.. 


kat sebelah cafe ada macam2 produk keluaran Big Strawberry Farm..
Ingat nak ke Kea Farm beli sayur2 sket.. last2 hasrat dibatalkan.. sebab tak sanggup nak menempuh jem ke sana.. aku cuma beli sayur ngan strawberry kat pasar malam Brinchang tu jerk.. kat situ mahal sket..
 
 Singgah di Taman Agro Al Mashoor utk lunch dan beli aiskrim Malaysia perisa strawberry..

Lepas tu kami berpatah balik ikut jalan Tapah untuk balik ke Putrajaya.. sebelum tu kami singgah dulu di Lata Kijang menikmati keindahan air terjun sambil minum petang.. sedap jugak laksa kat situ.. nyum3..

Fateh nak mandi.. tapi lain kali lah yerk.. huhu..

Dari Tapah ikut jalan lama terlebih dahulu sebelum masuk highway di Tanjung Malim..

Semasa dalam perjalanan di Sungkai.. ternampak Nasi Bamboo Sungai Klah.. tepi jalan jerk.. terus ajak en hubby singgah.. nak gak merasa kesedapan nasi spt yang diwar2kan..

kami sampai dah nak pukul 6

kat sini self service ya.. tengok lauk pauk banyak yang dah habis.. komen aku pasal nasi bamboo ni.. hmmm.. nasi tak masak dengan sempurna.. ada rasa mentah lagi.. huhuhu.. lauk oklah not bad..

menu2 yang di paparkan tu semuanya dah habis.. dah nak tutup kedai dah pun.. ada pengunjung yang nak datang terpaksa berpatah balik..

Next time boleh singgah kalau nak merasa menu lauk yg lain..

Oklah itu jerk.. bubaii..

Comments

Popular posts from this blog

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…