Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Amiera @ UPSR & UPSRA 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Amiera telah selesai menduduki peperiksaan UPSR sebulan yang lalu dan UPSRA (Kafa) yang baru tamat semalam.. semoga anak aku mendapat kejayaan yang setimpal dengan usaha dia.. tak nak target yang tinggi2 untuk dia.. yg penting dia dah usaha.. selebihnya bertawakal jerk.. dan kami redha atas apa sahaja keputusan yang diumumkan kelak.. mama dan papa senantiasa mendoakan Amiera dan adik2 berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..

Kisah UPSR yang lalu..


Hari pertama exam.. paper BM.. aku tak ambik cuti sebab minggu sebelum tu aku dah ambik cuti sakit.. so, malas nak cuti direct.. so, tunjuklah muka sehari kat pejabat.. sebab keesokannya baru aku cuti.. dah nak pukul 10.20.. hati aku tak tenang.. tak sampai hati memikirkan Amiera ambil exam tanpa sokongan dari parents.. terus isi borang keluar pejabat.. call Uber.. berdesup aku arahkan driver Uber ke sekolah Amiera... alhamdulillah.. sempat jumpa Amiera sebelum dia masuk untuk paper Penulisan Bahasa Melayu..

pelajar sedang masuk ke dewan peperiksaan..

Aku tunggu sampai dia tamat exam sejam suku kemudian.. walaupun Amiera bukannya antara pelajar cemerlang di sekolah.. tapi aku nak dia tahu.. kami sentiasa beri sokongan supaya dia tidak rasa tersisih.. banyak kali aku pesan kat Amiera sebab dia ni kuat tengok TV.. selalu gak aku membebel suh dia baca buku... budak2 ni kalau tak ketuk tak jalan.. aku pesan kat dia.. peperiksaan besar macam UPKK, UPSR, UPSRA, PT3 dan SPM hanya sekali jerk kita duduki dalam hidup.. buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.. untuk masa depan..

Exam keesokannya Bahasa Inggeris.. aduhaiii.. ni yang aku lomah ni.. aku bukannya terror pun nak ajar dia.. mana yang aku tau bolehlah aku ajar.. so, petang lepas Amiera habis kelas tambahan.. aku suh dia rehat dulu.. lepas Asar baru sambung buat latihan BI Pemahaman.. untuk BI Penulisan cuma suruh dia buat yang soalan ringkas jerk.. nak suruh buat karangan panjang2 memang tak sempatlah.. aku pun bukannya reti nak check karangan ni..

So sepanjang 3 hari aku bercuti.. rutin keje aku.. pergi sekolah bagi support kat Amiera.. balik rumah settlekan urusan rumah.. masak sket kalau sempat untuk Fateh lunch.. pergi balik ke sekolah bila hampir tamat setiap paper.. fuhh.. letih gaks jadi suri rumah ni.. berkejar sana sini.. ngeh3.. makin kurus keding aku camni..

pagi2 sebelum masuk dewan para pelajar diarahkan berhimpun ikut barisan no giliran untuk mendengar taklimat dari guru yang bertugas..

Bismillahirrahmanirrahim.. gud luck utk semua pelajar.. parents menghantar anak2 dengan penuh harapan..

sementara menunggu untuk paper ke-2, para pelajar diarahkan utk buat keje sendiri.. ada yg buat revision dengan baca nota.. ada yang borak2.. ada yang jalan sana sini.. mak pak pulaks yg kat luar.. berdebar2.. ngeh3.. over tau!

Petangnya.. aku suruh Amiera berehat sejam dua.. pastu sambung balik utk study.. memang kena hadap aku sepanjang petang tu buat revision..

Pengalaman pertama aku semasa beri sokongan kepada Amiera menduduki exam UPSR ni sangat seronok.. berdebar2 tu semestinya.. penat pun satu hal.. yang paling aku seronok melihat wajah para pelajar selepas keluar dari dewan peperiksaan.. macam2 ragam.. ada yang happy.. ada yang biasa2.. ada yg muram samada disebabkan tak boleh jawab or sebab sakit.. oh ya.. adalah juga pelajar yg tak berapa sihat musim exam ni... kesian diorang.. Amiera.. setiap kali keluar jerk.. menonong jer jalan.. tersenyum simpul.. malu2 ngan aku.. cehh.. ngan mak sendiri pun nak malu.. mana yang rasa dia boleh jawab dia akan bagi sign ibu jari ke atas.. kalau dia rasa susah dia akan tunjuk ibu jari ke bawah.. sepatah haram tak nak cakap ngan aku.. grrrr... bila aku tanya baru nak jawab.. apa yang disegankan sangat kat sekolah pun aku tak tau..

Hari terakhir exam.. hari yang para pelajar nantikan.. tak sanggup berada di dalam dewan peperiksaan yang penuh dengan cubaan.. hahahha.. apa pun tahniah kepada semua pelajar.. uols did well in exam.. insyaAllah kejayaan bersama anak2 semua.. selebihnya kita berserah kepada Allah dalam menentukan segala2nya... ada rezeki InsyaAllah..

Kisah UPSRA..

Jadual exam.. 

Untuk exam UPSRA ni aku tak tekankan sangat.. aku cuma mengingatkan Amiera supaya membaca dan menghafal jerk.. maleh dah aku nak ngadap dia.. ada 9 subjek yang perlu diduduki.. aku pun tak ambik cuti.. cuti dah nak habis weiiii.. 

Oklah.. itu sajer cerita ceriti masa anak2 menduduki exam.. tunggu exam PT3 laks selepas ni.. huhuhu... anak exam.. mak pulaks yang rasa nak pengsan!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah