Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Aktiviti di Kuching Waterfront

Assalamualaikum..

Bersambung cerita jalan2 ke Sarawak...

Sampai jerk Lapangan Terbang Kuching.. kereta sewa dah sedia menanti kami.. service dari WZ Car Rental memang terbaik dan harga yang sangat berpatutan.. kami ambik kereta Bezza.. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan.. sebelum check-in kami singgah makan tengahari dulu di Dapur Dayang..

Kemudian kami check-in kat Furama Logding House yang tak jauh dari Kuching Waterfront.. jalan kaki dalam 5 minit jerk.. Kami ambil bilik yang ada 2 katil queen.. pakej utk 3 malam.. dalam RM330.. bilik ok bersih.. cuma waktu malam.. bar2 yang berdekatan memekak jerk..

Selepas berehat mandi solat.. dalam pukul 3 lebih baru kami keluar jalan2 kat Kuching Waterfront..

Ok.. jom layan gambar.. suasana di siang hari dan di malam hari di Kuching Waterfront.. oh ya.. selama 4 hari kami di sana.. tiap2 hari kami jalan di sekitar Waterfront ni.. macam2 aktiviti dijalankan sepanjang jalan terutama di waktu malam..

cat statue.. tak sah kalau tak bergambar di sini..

Keindahan Dewan Undangan Negeri menjadi tarikan pelancong..

Darul Hana Bridge.. bergoyang2 beb naik jambatan ni.. korang akan rasa ianya bergoyang bila korang berhenti jalan..

sangat indah pemandangan sungai Sarawak..

penulis wajib ada..

jgn bersemut udah.. 

makcik yang tak tahan panas..

riadah di petang hari mmg seronok..



karakter kartun memang banyak kat kawasan ni.. bagus penduduk di sini.. mencari apa sahaja bidang pekerjaan asalkan halal.. thumbs up!!

kami ke seberang dengan menaiki bot penambang.. tambang cuma rm1 seorang.. perjalanan tak sampai 3 minit.. bolehlah bagi anak2 menikmati cara hidup orang di sini.. tujuan ke sini untuk melihat sendiri perkampungan Boyan..

pemandangan dari jeti Kampung Boyan

Apa yang ada di Kampung Boyan?? macam2 ada.. ada Medan Selera, Mira Cake House, Kek Lapis Dayang Salhah, Ajun Terubuk Ikan Masin, My Village Barok dan lain2 peniaga di tepi jalan..


Mira menunggu customer tak sampai2.. ngeh3..

Pemandangan jambatan di waktu malam.. penuh dengan cahaya berwarna warni..

ada pancutan air yang penuh warna warni..

tenang.. sangat cantik..

Di waktu malam sepanjang waterfront meriah dengan peniaga2 di kaki lima serta kedai2 makan yang menjual pelbagai jenis juadah.. 

Overall.. aku suka keindahan bandar Kuching.. bersih.. susah nak jumpa sampah sarap di tepi jalan.. Putrajaya pun tak sebersih sini.. huhuhu.. 

Dari segi makanan.. aku boleh jerk terima makanan orang Sarawak.. tapi tak leh banyak2.. hehehehe... yg pasti kek lapis memang terbaik..

Bersambung kisah seterusnya perjalanan kami ke Muzium Kuching dan Sarawak Cultural Village di n3 akan datang..

See Ya!

Comments

dulu pegi x amek gambar pun kat tugu kucing tu.. xdan hahaha dan x terpikir nak amek gmbar situ haha..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah