Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Day 2 ~ Sarawak Cultural Village

Assalamualaikum..

Esok nak cuti weiiii.. seronoknya cuti.. huhuhuhu.. hati2 yang balik kampung tu.. semoga perjalanan kita semua dipermudahkan.. aamiin..

Bersambung dari n3 sebelum ni..

Selepas kami melawati Muzium Kuching.. kami meneruskan perjalanan ke Sarawak Cultural Village yang tak jauh dari Gunung Santubong.. perjalanan lebih kurang 35 minit.. apa itu Sarawak Cultural Village?? leh masuk website diorang utk tahu lebih lanjut..

Layan gambarlah yerk sambil aku story sket2..

alhamdulillah.. kami dah sampai..

berteduh sekejap sebab panas lit lit..


cantik sungguh pemandangan di sini..

lepas scan qr code sbg bukti pembelian tiket.. anda akan diberikan passport utk explore SCV ni.. kalau nak diskaun bolehlah beli tiket secara online.. 

Masa kami sampai.. kami diberitahu persembahan kebudayaan akan diadakan lebih kurang sejam lagi.. so, sambil tu kami boleh explore dulu rumah2 yang berdekatan..

tinggi betul tugu kucing ni..


dipertengahan jalan jumpa titi yang diperbuat dari buluh.. kiranya jalan short cut nak ke rumah Bidayuh.. si Fateh mmg seronok benda camni.. si Arissa mula2 ok.. jap gi ha....

si kakak dah terketar2 kepala lutut.. aduhai budak bandar ni.. bukan tinggi sangat kot.. jatuh pun confirm tak patah riuk.. 

akhirnya dak kecik tewas juga... hahahhahaha.. nanges.. takut.. 

dari jauh bunyi ketukan dari dalam rumah Bidayuh yg berbentuk bulat.. unik.. bunyi apa tu yerk?

rupa2nya ada seorang staff kat situ yang sedang mengetuk kulit pokok apa ntah.. aku tak ingat daaa.. rumah yang berbentuk bulat ni ada sejarahnya tersendiri.. kata pakcik tu.. tujuan rumah ni adalah utk orang2 lelaki berkumpul sekiranya berlaku peperangan..wallahualam..

lama jugak nya SCV ni.. 2019 baru kami dapat datang..


kemudian kami meneruskan perjalanan di Rumah Iban..

Fateh tekun tgk staff kat situ sedang bertenun.. 

pekerja kat sini semuanya mahir dalam kraftangan.. bukan takat tu jerk.. diorang juga mahir memasak kuih2 tradisional.. 

makcik kenit ni dah penat berjalan.. nak berbuai dulu katanya.. 

Fateh konon nak cuba try test.. huhuu.. sib baik tak runtuh... 

rumah Iban ni sangat luas dan panjang.. kalau aku dapat rumah macam ni kat kampung.. best oooo.. boleh main lumba lari ngan anak2.. 

bestlah mama main ni.. kata si Fateh..

kami kembali semula ke rumah teater utk menyaksikan persembahan kebudayaan..

dapat masuk bilik teater ni.. fuhhh.. lega... baru sejuk..

antara aksi2 menarik dari persembahan.. 

Fateh suka persembahan ni.. nak2 pula acara menyumpit.. terbaik..

yg ni si Arissa suka tengok.. katanya orang tu ada power.. sorry gambar agak kabur sebab gelap.. 
hp murah lah katakan..

si Arissa dah terpengaruh dengan persembahan tadi.. tak habis2 dia menari kat luar ni sambil si Fateh mengetuk2 alat muzik yang disediakan kat luar bilik teater..

Lepas persembahan.. masa pun dah tengahari.. so, perut pun dah lapar.. kita makan dulu di restoran yang disediakan.. nasiblah siapa yg tak lalu makan.. hahahaha...

asam pedas ikan tenggiri.. en suami tak lalu nak telan.. kwang3.. i is ok..

sayur apa ntah.. sedap jugak.. 

Lepas tu kami sambung semula perjalanan melihat keindahan rumah2 kebudayaan di Sarawak.. 

jumpa lagi rumah Iban dan Bidayuh yang lebih besar dan panjang...

pantang ada benda2 unik mesti budak2 ni nak mencuba.. 

cik abe berehat sebentar sambil menikmati pemandangan yg sungguh indah..

jalan punya jalan.. sampai pula di rumah Penan.. apa yang menarik di sini?

ni yang paling Fateh suka.. menyumpit..

kemudian kami jalan lagi.. cuaca semakin panas.. aku dah rasa tak selesa..

rumah Orang Ulu.. tinggi siot..

si kakak dah rasa seriau nak naik rumah.. tapi si Arissa tak sabar2 nak naik.. aduhaiii..

tugas Fateh mengecop jerk kat setiap passport di setiap rumah.. bagi dia ada aktiviti sikit.. kang dia bosan mula buat perangai..

keje aku tengok hasil kraftangan atau makanan yang dijual.. mana yang menarik aku belilah utk kenangan..

seronok dak kecik ni dapat naik rumah tinggi..

si abang seronok dapat beli sape Sarawak.. sib baik tinggal satu jerk.. 

dipertengahan jalan jumpa bengkel menghasilkan senjata tradisional.. harga boleh tahan gak..

kemudian jumpa pula rumah Melanau.. aku dah tak sanggup nak masuk rumah2 seterusnya.. ponek dan paneh.. en suami dan anak2 yg masih bersemangat menerokai khazanah di Sarawak..

tinggi betul rumah ni kan.. kenapa ek diorang suka buat rumah tinggi2..

aku setia ditemani anak dara.. ambil angin luar walaupun panas.. 

cantik sungguh pemandangan tasik ni berlatar belakang gunung Santubong..

Memandangkan en suami dan anak2 masih seronok explore rumah Melanau.. aku dan Mira meneruskan perjalanan sebab dah tak tahan.. kalau boleh nak sampai ke destinasi akhir untuk berehat... cari port yg ada aircond.. ngeh3..

jumpa rumah Melayu.. kami lalu jerk.. malas nak masuk..

rumah Cina ni adalah rumah terakhir.. so, sempatlah aku masuk tengok dan lepak kat luar rumah sambil tunggu diorang sampai..

akhirnya.. sampai ke destinasi akhir.. pusat cenderahati.. 

sempat lagi bergambar selepas keluar dari SCV.. bengang jerk makcik ni kena jadi model tengah2 panas.. hahahaha..

Overall.. memang terbaik.. untuk percutian ke Sarawak.. molek sangat bawa anak2 explorer tempat ni.. mesti diorang suka.. tapi kena sabar dengan cuaca yang panas.. tapi better dari hujan..

Malamnya kami dinner di My Village Barok..


aku makan nasi ayam ketok.. husband ngan selera tomyam dia dan mira ngan peberet nasi goreng dia.. fateh tunggu makanan western dia sampai ke sudah tak sampai2.. hahaha.. last2 aku yg suapkan.. licin nasi ayam aku..

See ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah