Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Tahun baru di Sarawak

Assalamualaikum...

Membuka tirai tahun baru 2019... lembaran baru.. wajah baru..

Ni semua gara2 malware yang ada kat blog.. jenuh nak bagi hilang alert malware dari mainpage.. dah cuba macam2 tapi tak hilang juga malware tu.. ntah mana dia nyorok... eiiiii.. geram jerk.. last2 decide tukar template.. habih cerito..

Berbalik kepada topik.. pembukaan tahun baru.. hari pertama persekolahan.. anak2 ke sekolah seperti biasa... pada hari ke-2 kami terbang ke kepulauan Borneo.. Sarawak.. heheheh.. terpaksa anak2 ponteng sekolah 2 hari.. lagipun minggu pertama persekolahan masih sesi pengenalan dan guru2 pun agak sibuk.. banyak benda nak diuruskan.. so, kelas mungkin belum bermula lagi utk sesi pembelajaran... tahun ni si kakak dah PT3.. naik risau aku ngan dia ni.. tak habis2 ngan lagu2 dia.. huh!

Perancangan cuti2 ke Sarawak ni sepatutnya hujung tahun 2019.. tapi bila fikir2 balik baik pergi awal tahun.. nanti bolehlah Mira fokus pada persediaan exam.. aku pun tak pening kepala nak fikir macam2.. hehehhe.. kebetulan pulak Air Asia buat promosi.. bincang ngan tok ketua.. so proceed..

Yang paling seronok si makcik kenit Arissa ni... since bulan November dia dah tak sabar2 nak naik kapal terbang katanya.. almaklumlah.. dia tak pernah naik lagi.. kesian dia.. so, eksaited terlebih sudah.. Fateh pun dah lama tak naik.. last masa umur dia 3 tahun kot.. hahahhaha..

budak paling seronok.. 

terjumpa Ustaz Habib semasa ronda2 KLIA2.. 

happy yerk dapat duk tepi..

si kakak stress sbb Fateh ambik seat dia.. Fateh awal2 dah bagitau tak nak duk tepi tingkap.. takut katanya.. last2 eksaited sangat sampai dah tak takut.. huhu.. sabar yerk kak..

merentasi lautan china selatan.. 

sampai sudah di kepulauan Borneo.. 

muka puas hati.. hhuhuu...

Oklah.. takat ni dulu.. ada masa kelapangan nanti aku update aktiviti kami di Sarawak..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah