Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Day 3 ~ Pasar Serikin & Tasik Biru

Assalamualaikum...

Meh kita sambung lagi cuti2 kami ke Sarawak pada hari ke-3 pulak..

Sebelum ke Pasar Serikin, kami singgah sarapan dulu di Kopi O' Corner.. semestinya nak mencuba sesuatu yang unik di sini...

prata roll sardine.. sodap lah wei..

anak2 aku makan roti kosong jerk.. budak2 ni bukan nak makan sangat hat pelik2.. kecik jerk portion roti kosong tu tapi anak2 suka.. 

Perut dah kenyang.. jom mengharungi sejam perjalanan untuk ke Pasar Serikin.. 

kami sampai dalam pukul 10 lebih.. aduhaiiii.. cahaya matahari panas terik..

sepanjang jalan tu kiri kanan penuh dengan jualan.. jalan sekejap dah berpeluh.. Arissa dah start meragam..

pergi balik kami ikut laluan yang sama.. nak elak kena cahaya matahari..

Lepas shopping hampir 2 jam.. kami meneruskan destinasi ke Tasik Biru.. dalam perjalanan jumpa gerai buah2an tempatan di Kg. Duyoh.. singgah sebentar tengok apa yang menarik di situ..

 buah durian oren.. first time rasa memang tak boleh nak telan.. mmg jauh beza dengan di semenanjung..

buah terap ala2 buah cempedak..

jumpa pulak ulat sagu.. eiiiii.. geli geleman aku tengok dia bergerak2..

kemudian nampak orang berhenti kat area Gua.. ingatkan Fairy Cave... rupa2nya bukan.. tokong Budhha gamaknya...



sesuai ngan tema... hiks..

dak kenit tak sabar nak naik bot..

anak daro..

kesian en suami mengayuh... ngeh3.. kalau aku ngan mira kayuh memang slow lah geraknya.. kejap2 stop sebab penat mengayuh.. gelak jerk lebih.. arissa muka sedih tak dapat duduk ngan mama.. 

Lepas kepanasan dan kepenatan.. apa lagi.. kelaparan laaa..

singgah di Serapi Corner.. nasi berlauk byk dah habis.. so, order yg bergoreng2 jerlah..

ni menu yg aku order.. simple.. Arissa ngan Fateh pun leh makan.. yg buat aku teringin nak mencuba adalah sayur midin belacan.. sebab rupa dia macam pucuk paku.. tekstur bih kurang jerk ngan pucuk paku..

Kemudian kami plan nak ke Matang Wildlife Park.. tapi memandangkan bateri hp aku nak habis.. so, batalkan program.. balik hotel rehat dulu.. nanti nak jalan2 sekitar Kuching Waterfront utk malam terakhir kami di Kuching..

alang2 ke Sarawak semestinya nak cuba menu2 yg menarik.. antara pilihan pengguna adalah Laksa Sarawak di Mom's Laksa.. ni lah dinner aku malam terakhir di Kuching.. yg lain makan nasi ayam dan ayam penyet..

Overall.. seharian kepenatan tapi seronok.. pengalaman baru kami di Sarawak.. see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah