Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cuti2 Pantai Timur : Dungun

Assalamualaikum...

Kisah ni bulan Februari dulu masa cuti hari wilayah yg bersambung dengan cuti tahun baru cina... tapi almalas aku nak update blog.. kiranya ni throwback la yer..

Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Kel/Tganu lebih kurang 20 tahun yang lalu.. kisahnya.. aku  tamat pengajian di Dungun pada tahun 1997 dan berhenti kerja di BTN 1999.. masa aku kerja di BTN pernahlah 2 ke 3 kali ke Pantai Timur untuk program2 anjuran BTN.. kemudian selepas aku dapat jawatan tetap dalam kerajaan.. aku pernah sekali ikut housemate balik ke kampung halamannya di Kelantan.. selepas tu aku tak pernah menjejakkan kaki ke sana sehinggalah tahun ni.. punyalah lama.. walhal dekat jerk.. tapi mungkin sebab masa tu takde kemudahan macam waze.. so, agak berat hati nak bercuti2 ke arah sana..

So, seawal 5 pagi kami dah gerak dari Putrajaya.. takut jem kan.. maklumlah mesti ramai yg balik kampung time cuti raya cina.. hampir pukul 12 baru kami sampai ke Dungun.. itupun lepas berhenti banyak tempat utk solat, sarapan dan berehat..

laut oh laut.. rindunya ngan laut di Dungun...

budak baru bangun tido.. eksaited sangat dapat tgk laut..

tapi takleh mandi sebab ombak kuat..

dapat main pasir pun dah seronok sangat..

itm di hatiku... 

lepas singgah di Uitm dan melihat keindahan pantai.. perut dah mula lapar.. ingat nak makan kat Mak Wan Mee Champa yg dok viral kesedapan sup dia tu.. tapi penuh beb.. terpaksa cari port lain.. kat sini tak risau bab makan sebab sepanjang pantai banyak gerai2.. so, kami singgah kat satu warung tu.. en suami makan nasi tapi aku tak berapa lalu.. menu tak kena dengan tekak.. aku just minum air jerk.. order juga kepok lekor.. en suami aku suka keaslian kepok lekor di sini.. kemudian tak jauh dari warung kami singgah di kedai Singgang Ulam Budu.. waa.. nampak menarik.. en suami tengok lauk2 pauk sangat mengiurkan.. nak2 pulak lauk sotong peberet dia.. dia sanggup makan nasi lagi!! perghhh...

model cilik..

teh ais madu.. pergh.. manissss... tapi lauk pauk overall terbaik.. tak sempat nak snap gambar.. sebab dah lapar..

lepas tu kami check in kat Semarak Beach Inn.. murah dan lokasi yg strategik.. malam2 sejuk jerk sebab mengadap laut.. cuma banyak nyamuk..

Selepas Asar kami ke Rantau Abang.. konon nak tengok apa yg menarik di situ.. tapi kawasan tu macam tak hidup sangat.. so, terpaksa patah balik ke Dungun menikmati keindahan laut.. si Arissa tak habis ajak mandi.. tak boleh sayang oiiii.. diorang dah bagi amaran tak boleh mandi.. bahaya...

byk betul perubahan kat pantai Sura Hujung..

tasik yg meninggalkan memori.. ceh3... actually.. aku tak pernah tgk tasik ni masa belajar dulu.. diorang tak bagi student jln2 pesisir pantai sampai ke hujung.. macam2 kejadian dah berlaku.. betul ke tak? wallahualam..

dah macam sama jerk kami ngan pokok2 tu... hehehhee..

dah penat berjalan.. kami singgah pekena char kuey teow.. aku share ngan Amiera.. takut tak habis.. sekali ko.. licin Amiera kerjakan.. 

subhanallah.. pemandangan yg sangat cantik di senja hari.. 

Malam pula kami dinner kat Medan Ikan Bakar.. gambar tak sempat nak snap sebab ramai sangat orang dengan Arissa sibuk nak main taman katanya..

Perut dah kenyang.. mata dah ngantuk.. so landing time...

Esok paginya.. kami gi sarapan kat Mak Wan Mee Champa.. merasa jugak makan kat situ.. yerlah nak datang ke sini lagi tak tau lah bila kan... ambik kesempatan dah alang2 berjalan jauh ni.. nanti terliur..

Kemudian kami meneruskan perjalan ke Pulau Kapas..  see ya!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah