Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Teroka Pulau Misteri ~ Pulau Besar Melaka ~ Tapak Bersejarah Day 1

Assalamualaikum...

Bersambung lagi cerita mengenai Pulau Misteri di negeri Melaka.. ceh3.. misteri lah sangat ya...

Selepas kami berjalan2 membaca informasi di dalam Muzium.. kami meneruskan perjalanan ke makam Sultan Al-Arifin.. pun tak berapa jauh dari muzium.. jalan kaki bih kurang 5 -10 minit.. ikut cara korang berjalan.. nak lenggang kangkong ke.. nak jalan cam itik pulang petang sambil menikmati keindahan pulau ke.. nak jln macam lipas kudung tak ambik port apa yg ada dikiri kanan ke.. terpulang.. jgn jln macam kura-kura sudah.. setengah jam belum tentu boleh sampai... hahahhaha...

Sepanjang perjalanan kami ke makam.. suasana agak meriah dengan kehadiran golongan2 yang diperkatakan oleh blogger mahupun youtuber.. sangat ramai.. nak2 musim cuti sekolah ni.. nak jumpa yg seangkatan dengan kami tu boleh dikiralah.. dan disepanjang pesisir pantai yang berdekatan dengan makam dipenuhi khemah2 golongan2 tersebut.. 

akan jumpa makam Syarifah Rodziah di tepi jalan.. pelbagai sumber tentang asal usul keturunan beliau..

tak ramai orang di kawasan kubur ni..

abaikan background ya..

jom baca info..

suasana di makam.. nak macam berkelah dah diorang2 tu kat luar makam.. disebelah kiri tu berderet2 air mineral kat luar makam.. tak tau apa tujuan air mineral di letak di situ..

Makam Sultan Al-Arifin.. panjang giler.. di sebelahnya makam Syeikh Yusuf As-Sidiq yg merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin.. bunga2 bertaburan disepanjang makam.. jarang aku jumpa bunga2 di kubur saudara mara aku.. kalau ada pun rumput dan daun2 kering.. dan kalau aku ziarah kubur pun tak pernahlah aku bawak bunga dan tabur atas kubur.. cam pelik jerk..

 Di kawasan masjid bau masakan yg harummm.. mungkin diorang sedang memasak utk dijamu kepada orang ramai... sebagaimana yg pernah diceritakan akan juadah percuma utk orang ramai di situ.. tetapi sepanjang kami di sini.. tidaklah aku menunggu utk makan percuma tu.. baik kami round2 sekitar pulau.. masa sangat mencemburui.. maklumlah.. plannya nak mengejar feri pukul 3.30 petang untuk balik semula ke Jeti Anjung Batu..

Kemudian kami meneruskan perjalanan mencari tapak sejarah yang diperkatakan.. sambil2 tu leh cuci mata melihat keindahan pulau..

kelihatan bot sedang menurunkan penumpang..

di hadapan surau ni kelihatan beberapa ekor kambing.. tunggu turn kot untuk disembelih..

Wakaf  Masak Bonda 7 Bradik.. tak tau tempat ni apa.. gerai makan ke wallahualam.. kelihatan tidak beroperasi haritu..

tak tahu apa nama tempat ni.. perigi kot.. atau diperkatakan sebagai keramat tempayan pecah.. nak tau cerita pasal kisah tempayan pecah ni.. google laaa... hahahahha... aku bukannya pengkaji sejarah.. aku cuma blogger yg suka melihat tapak2 sejarah..

berhadapan dengan pergi tempayan pecah.. kelihatan dari jauh aktiviti pemujaan di situ.. tak berani nak tengok dekat2.. ada batu besar terbelah di situ.. khabarnya di situ ada kubur nenek tempayan pecah tu.. wallahualam..

sambil menunggu blogger mama ni mengambil gambar.. anak2 sempat beristirehat sebentar di padang golf..

kemudian kami meneruskan perjalanan melalui padang golf.. kami ikut jerk mana hala tuju orang2 yg pun dalam misi mencari..

tak sampai 10 minit berjalan.. nampak pemandangan laut yg cantik..

laut yg sangat cantik dan bersih compare dari tempat tumpuan di makam..

berehat sebentar sebab masing2 penat berjalan.. yg si kecik tak sabar2 nak mandi laut..

dak kenit dah lapar.. sib baik dah standby roti telur dan air..

berjalan lagi sebab nak cari port lepak tepi pantai yg cantik.. tapi jalan sunyi jerk takde orang lalu lalang.. hati dah cuak.. tak lama kemudian baru nampak kelibat beberapa orang yg berpatah balik.. fuhh lega.. 

subhanallah.. sungguh cantik pemandangan di sini..

dak kenit tak sabar2 nak main pasir..

kelihatan di sana.. resort yang tidak berpenghuni yg menjadi bahan bualan.. pelbagai versi cerita mengenai resort terbabit.. tapi port ni memang cantik.. 

Asalnya nak patah balik.. tapi en suami ajak jalan terus.. dan sampailah kami di pintu masuk resort tersebut.. pakcik yg jaga tu benarkan kami masuk dan amanahkan kami supaya tidak mengambil gambar sekitar resort.. kalau nak ambik gambar pun utk simpanan sendiri bukannya utk disiarkan kepada umum.. aku akur permintaan tersebut.. kalau uols nak tengok keindahan resort tu leh google.. rasanya ramai blogger yg dah share.. mmg cantik binaan resort tersebut..

sepanjang perjalanan tu ada 2 jalan.. satu jalan macam nak kehutan sket.. mungkin nak ke perigi dan tasik bunian.. dan satu lagi jalan besar mungkin bersebelahan perkampungan bunian.. so, kami decide ikut jalan besar.. tak mau ikut jalan hutan.. sebab tu kawasan perkampungan bunian.. takut weiiii.. kang kena sorok naya jerk tak jumpa jalan balik..

jalan punya jalan.. tak jumpa2 juga jalan nak ke batu belah.. lalu semula padang golf.. hp aku bateri dah nak kong.. cuaca makin panas.. last2 nampak kelibat beberapa orang sedang berjalan dari arah lain.. menuju ke arah yg sama dengan kami.. pondok.. cadangnya nak lepak di pondok.. tapi diorang sampai dulu.. so, lepak kat tengah jalan yg redup ni lah... asal leh berhenti rehat.. alhamdulillah.. walaupun penat berjalan.. tapi aktiviti ni sangat seronok memandangkan kami buat aktiviti adventure ni sama2.. Arissa yg jenis cerewet ni pun takdelah sampai menangis giler2 sebab penat.. cuma kadang2 dengar dia mengeluh penat berjalan jerk.. alhamdulillah.. yg si Fateh aku dah pesan suh pakai kasut.. tapi kasut dia cuma jumpa sebelah jerk dalam kereta.. sebelah lagi MIA.. sabar jerlah..

muka seronok sebab badan dah sejuk dapat mandi laut.. 

akhirnya jumpa satu lagi tapak sejarah.. tasik biawak yg dah kering kontang.. ada yg kata batu2 kat dalam tasik ni berupa tengkorak.. yg aku nampak hat sebelah kiri tu jerk macam otak.. hahahaha.. si Arissa kata macam punggung.. what???? sabar jerlah..

tinggal kami bertiga.. berhenti rehat sat.. si Fateh nak menunaikan hajat.. dah lama menahan katanya.. hahahaha.. sambil tu suh en suami beli air mineral lagi sebagai bekal di perjalanan seterusnya.. dari sini aku dapat rasakan akan adanya tempat yang dikatakan sebagai pokok di sula berdekatan dengan tasik biawak ni.. kelihatan tidak jauh dari tasik biawak nampak someone sedang duduk sambil memegang tasbih.. tak tau dia buat apa kat situ.. berzikir kot.. tapi kenapa kat tempat2 macam ni?? 

ajak en suami ke sebatang pokok besar yg tak jauh dari tasik biawak.. dari jauh macam aku pernah nampak kat internet.. so, memang sahlah pokok ni yang diperkatakan..

pokok di sula.. apa cerita di sebalik nama pokok di sula ni?? google laaa... hahahhahaha..

ramai orang keluar masuk dari hutan ni.. so, kami pun nak tengok apa yg ada di dalam hutan ni..

si hero dah lega menunaikan hajat.. so, makin bersemangatlah dia nak teroka hutan..

lepas jalan bih kurang 10 minit-15 minit.. jumpa jln berliku ni.. inilah tangga yang dikhabarkan di sponsor oleh someone yg pernah menang nombor ekor.. ntah betul ntah tidak.. wallahualam.. pergh.. mencabar nak naik ni.. mira dah stress.. aku suh dia tunggu kat bawah kalau dia tak nak naik.. last2 akur jugak ikut kami naik.. 

inilah yang dinamakan batu belah.. acara pemujaan dilakukan di sini.. macam2 nombor ada kat batu tu.. bau colok sangat kuat.. nauzubillah.. cepat2 kami blah.. 

lepas penat meneroka pulau misteri ni.. kami lunch dulu di D'Puteri Cafe.. perut tengah lapar makan apo pun sedap... licin... menu nasi goreng yg simple pun jadi sedap.. hahahhahaha...

Masing2 dah kepenatan.. kononnya lagi setengah jam kami nak kena gerak ke jeti utk pulang.. tapi ada beberapa tapak sejarah kami tak jumpa lagi.. 

So, kami saja2 usha D'Puteri Kurnia Resort yg sebelah cafe ni jerk.. manalah tau ada bilik kosong leh lah lepak semalam kat sini.. kalau takde.. kami akan gerak balik..

Tengok kat kaunter resort dah ada orang menunggu untuk check-in bilik.. ada juga yg menunggu kalau2 ada bilik kosong.. aku pun mencelah tanya.. kata staff kat situ dah full tapi tak confirm lagi.. diorang tengah usaha utk contact orang yg dah booking tapi tak check in lagi.. 

Tunggu dalam 15 minit gitu.. alhamdulillah ada kosong.. leh lah lepak2 hilangkan kepenatan di sini.. bilik 1 katil queen dan 2 katil single harga RM150 per night.. campur deposit RM50 dengan bayaran apa ntah yg dikenakan oleh kerajaan Melaka RM2.. oklah kan... cuma kemudahannya takdelah semewah hotel 5 bintang.. 

view resort yg cantik.. ala2 rumah kampung gitew..

kami dapat resort belah atas.. jenuh nak menapak naik bukit..

besar.. cukup utk kami 5 beranak..

Yg tak seronok dan kenangan tak leh lupa.. air-cond bilik bagai hidup segan mati tak mahu.. kipas pulak jenis kipas dinding.. aduhai.. letih.. tunggu dia pusing kat kita baru lah terasa anginnya... kalau set setempat jerk berebutlah.. hahahahha... 

Maklumlah nak tidur tempat baru ni.. akak susah sket nak lelapkan mata.. kejap2 sedar.. sebab aku risaukan Arissa.. Arissa ni something sket kalau pergi tempat baru.. tapi kali ni dia lena.. alhamdulillah.. mungkin penat buat aktiviti.. baru nak lena jerk.. tiba2 Fateh pulak bangun.. ingatkan apa halnya.. rupa2nya semut gigit dia.. aduhaiii.. itu lah makan lagi atas katil.. mungkin sisa2 tu masih ada.. kesian dia.. 

Oklah.. bersambung kemudian di hari kedua..

See Ya!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah