Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Teroka Pulau Misteri ~ Pulau Besar Melaka ~ Tapak Bersejarah Day 2

Assalamualaikum...

Bersambung lagi n3 pasal Pulau Besar Melaka... hari terakhir kami di Pulau Besar..

Kejadian malam yg tak lena nak tidur tu.. dengan panasnya.. akhirnya terlelap seketika dan terasa sejuk sebab dah masuk ke pagi.. then.. dalam pukul 6.30 pagi aku tersedar.. dengar macam bunyi something bawah rumah.. aduhai.. apa pulak pagi2 ni.. lama2 bunyi tu hilang.. mungkin ayam kot... kwang3.. usai solat subuh.. aku dah tak boleh lena nak tidur.. so, kejut anak2 bangun sebab nak gi sarapan awal pastu jalan2 lagi... kononnya nak cari tapak sejarah yg belum dijumpai..

Sampai di cafe yg sama... makanan belum siap kata peniaga tu.. dia suggest kami ke medan selera.. ada satu gerai dah bukak.. ada jual nasi lemak dan roti canai.. oklah...

gerai yg buka pada pagi Ahad tu.. sib baik tak ramai orang.. 

tengok matahari terbit.. cantik sangat pemandangan..

Dalam pukul 8 lebih.. kami meneruskan aktiviti riadah sambil mencari kesan sejarah..

ni batu yang tak jauh dari perigi tempayan pecah.. kami pun naik ke atas bukit ikut jejak yg ada.. agak mencabar jugak nak naik ke atas.. makin lama jejak pun hilang.. aduhai.. hati dah tak sedap.. jgn kami sesat sudah.. ingatkan blehlah cari Gua Yunus.. tapi tak jumpa jugak.. dari pembacaan aku.. nak ke Gua Yunus ni jalan dia berliku.. mungkin kami tersalah jalan.. so, kami terpaksa berpatah balik.. hasrat nak ke tempat lain iaitu tasik bunian tidak kesampaian.. rasa penat sangat naik bukit.. yg paling kelakar si Arissa.. mula2 dia ok lama2 dia takut.. yerlah dah duk dalam hutan.. maun tak seramnya..

dah kepenatan.. so patah balik lah ke resort.. tapi sebelum tu layan si Arissa yg nak main pasir katanya..

seronok sangat dapat main pasir ya...

Lepas check-out dalam pukul 11 lebih.. kami gerak semula ke jeti.. nak ke jeti kami singgah dulu di makam Tok Janggut dan Tok Putih...

baca info dulu ya..

kelihatan non-muslim sedang menaburkan bunga di makam Tok Janggut.. dan yg aku tak leh terima ialah pembakaran colok di luar makam.. apa kes??? nauzubillah..

baca pula info Tok Putih..

di luar makam ni.. aku ada nampak ada dijual colok yg berharga RM5.. manalah tak menjadi2 amalan tak sihat cenggini.. aduhh.. harap pihak yg bertanggungjawab memantau dengan kerap aktiviti yg bercanggah dengan agama kita.. sadis tengok makam2 tersebut..

kelihatan tiang2 elektrik yg dipasang dari Melaka ke Pulau Besar..

satu lagi tapak sejarah yg ditemui yang tidak jauh dari jeti.. Batu Layar..

seronok makcik ni duk tepi dalam feri.. sib baik tak ramai orang nak balik..

selamat tinggal Pulau Besar yg mempunyai pelbagai kesan tapak sejarah.. 

setiba di jeti Anjung Batu.. kelihatan dari jauh ramainya kaum2 tu menunggu utk naik feri.. Pulau Besar ni dah jadi macam pulau khas diorang pulak.. hmmm...

Maka berakhirlah percutian kami di Pulau Besar.. byk kenangan manis di sini.. aku berharap sangat pihak JAIM dan kerajaan Melaka memperketatkan penguatkuasaan sebelum pelbagai kejadian yg tak diingini berlaku.. Pulau Besar ni sangat cantik tapi sayangnya dikotori dan dicemari dengan aktiviti yg  merosakkan akidah dan pemujaan selain sampah sarap merata tempat.. nauzubillah..

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah